Sunday, April 6, 2025

Selamat Hari Raya

Bila pergi beraya atau terima tetamu, kebanyakkannya cerita pasal kesihatan. Paling banyak aku dengar adalah potong kaki sebab kencing manis. Lepas tu suami atau isteri kena urus pasangan masing-masing. Aku kadang-kadang terfikir, antara aku dengan Dy, mungkin aku yang akan pergi dulu sebab di usia ini pun aku dah ada darah tinggi. Cuma aku harap kalau pun usia aku panjang, aku tidaklah menjadi bebanan kepada sesiapa. Biarlah aku pergi dengan senang tanpa perlu orang jaga waktu aku sakit. 

Dengan itu, mulai esok aku akan letak kereta kat luar sekolah dan jalan kaki pergi kelas PPKI. Harap-harap dengan usia aku yang sedikit tu dapat mengembalikan kesihatan dan tubuh menjadi sedikit kurus. Tiberrr.. 

Wednesday, March 19, 2025

Takdir (2)

Semalam Dy pergi bawa Gibran pergi jumpa Peads. Doktor kata tengok tahun depan nak apply kad OKU atau tak. Aku macam....please..tak kan lagi.  😢 Tapi kalau tengok progress Gibran macam ada potensi.

Aku bukan tak redha tapi tiba-tiba aku rasa penat sebab bila anak istimewa ni usaha untuk menjadi emak akan jadi lebih. Sedangkan dengan Ariana pun aku emak yang gagal apa tah lagi nak jadi emak kepada Gibran. 

Cuma aku harap, kalau ditakdirkan kami 'pergi' biarlah 'pergi bersama.' 

Sunday, February 23, 2025

JENGKEL (2)

 Adoi, hari ni bertambah lagi perasaaan aku tak suka dengan si dia tu. Pertama, hari tu aku tolong dia buat satu kerja ni, lepas tu dia cakap dia buat balik semula semula sebab dia pening dengan apa yang aku buat. So, aku decide lepas ni kalau pasal kerja tu biar dia buat sorang, kalau dia mintak tolong baru aku buat. Lagipun dia yang patut buat sebenarnya.

Kedua, masa buat video hari tu, dia mintak lagu untuk masukkan dalam video and video dah siap. Tup-tup dia kata dia nak masukkan lagu lain sebab lagu yang aku bagi tu entah pape katanya. Fine. Taste kitorang memang tak sama. Dia kata lagu liriknya ntah pape. Fine. 

Ketiga, dia kan dah tak jadi guru kelas, masa sikit nak jugak dia bagi masa dia kat cikgu praktikal yang nak datang nanti. Aku macam???? hey!!! ko ni kenapa yek?????? menyampah gila..sibuk je.

Pastu semalam bila Kak A beritahu dalam group yang aku kena ajar 5 subjek KS dan 1 subjek KR barulah dia nak msg aku and kata sorry tak perasan. What????? Bukan ko beria ke tak nak bagi cikgu ni cikgu tu banyak subjek, end up aku yang kena lepas mintak maaf kata tak perasan. Whatever!!!!!!

adoi, aku dah mula tak selesa ni dengan dia. Aku dah la sejenis orang yang tak pandai berpura-pura..macam mana ni. huhu..rasanya kalau boleh elak bekerjasama aku nak elak la. Tak suka la orang macam ni...agaknya aku memang xleh ngan dengan orang yang tua setahun la. Benci. 

Saturday, February 15, 2025

JENGKEL

Tiba-tiba aku rasa annoyed pulak dengan seseorang ni. Walaupun bibit-bibit perasaan tu aku dan mula rasa sejak kebelakangan ni tapi ia semakin ketara. Dia ni orang yang baik bila aku sampai kat tempat tu. Dan dia juga ada cerita layanan orang-orang lama terhadap dia. Tapi aku cuma mendengar dan memerhati individu-individu yang dia ceritakan.

Tapi sejak akhir-akhir ni aku tengok dia sejenis orang yang tak boleh tengok orang senang in terms of kerja. Dia juga sejenis orang tak mahu kalah dan sejenis yang nak selamatkan diri dulu. 

Semalam dia dah mula tunjuk perangai menolak kerja. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku malas nak layan sebab kalau kau mudahkan kerja orang, InsyaAllah Allah akan mudahkan kerja kau. Tapi masalah dia ni, dia akan tarik aku untuk join apa yang dibuat atas alasan dia selesa kerja dengan aku. Tapi aku secara jujurnya dah mula rasa tak selesa kerja dengan dia sebab aku rasa dia sejenis orang yang suka ambik kesempatan. 

Entahlah..aku pulak sejenis orang yang tak pandai nak cakap tak. Harap-harap aku dapat bertahan untuk setahun lagi. Semoga semuanya baik-baik je. 

Saturday, February 8, 2025

PENAT

 Sejujurnya aku mula rasa penat dengan kehidupan. Aku penat menjadi isteri, menjadi emak. Aku penat nak menjadi isteri yang menguruskan rumahtangga, menjaga suami, menjaga rumah..entah aku dah penat. Aku rasa penat menjadi emak. Menjadi emak yang nak kena mendidik anak-anak untuk pastikan anak-anak aku jadi anak yang baik. Serius aku penat. 

Aku rasa macam nak habiskan je kehidupan ni tapi amal masih tak cukup. Yang wajib pun tak buat apa lagi yang sunat.

Aku rimas dengan rumah, aku benci dengan rumah ni. Tak cantik, tak kemas. Aku benci. Aku rasa nak renovate je rumah ni bagi cantik dan kemas. Aku penat bangun pagi kena masak, kena buat kerja rumah kena jaga anak-anak. Aku penat, benci. 

Aku benci dengan fizikal aku yang dah tak cantik ni. Gemuk, muka hodoh, muka tua. Aku benci semua ni. Benda ni jadi bila dah mula kahwin dan ada anak. Bencinya.

Lepas tu kena pergi kerja pulak, kena buat kerja hadap orang dan gaji kena bayar semua komitmen. 

Aku benci bila aku rasa aku ni isteri yang pemalas yang tahu baring je. Tapi faham tak perasaan malas yang kau rasa tak nak buat apa dan kau benci dengan semua yang ada kat sekeliling ko. 

ISTERI

 


Sunday, January 26, 2025

GAGAL

 Semalam ada tragedi. Ada budak jatuh tangga dan kata sorang budak perempuan ni Gibran yang tolak. Entah, aku macam malas nak ambik port sebab benda dah jadi pun. Lagipun aku tak rasa Gibran yang buat. Aku suruh Dy tengok. Lepas tu Dy suruh aku tengok dan aku pergi jugak dalam keadaan terpaksa sebab aku tahu kalau aku pergi pun nak buat apa. 

Lepas tu aku tengok mood dy macam tak ok. Aku cuba jadi orang yang positif walaupun aku bukan orang yang macam tu. Bila aku cakap mungkin bukan Gibran yang buat dan budak perempuan tu just nak cover diri dia, Dy tak respon pun dan aku pada waktu tu macam jadi perempuan mulut jahat dan mak yang gagal. Dy macam salahkan aku dalam hal ni. 

Esok pagi, bila bangun Dy macam lempang pipi aku. Walaupun perlahan je tapi aku terfikir adakah dia sebenarnya memang nak lempang aku sebab apa yang aku cakap? Tapi sejujurnya aku memang kecil hati. Setelah apa yang aku buat masa majlis kakak dia ni, Sanggup stay lama, tidur dalam keadaan tak selesa, end up bila Gibran yang salah aku yang kena. 

Aku rasa aku memang tak patut jadi emak kepada Ariana dan Gibran. Aku memang tak pandai jaga diorang. Aku bukan macam mak-mak yang lain, yang boleh didik, ajar anak dengan baik. 

Even, aku memang tak patut jadi anak, isteri atau menantu kepada sesiapa pun. Atau lagi patut aku ni tak patut lahir dekat dunia supaya tak menyusahkan sesiapa. 

Dan akhirnya...aku bukan perempuan terbaik, tapi PEREMPUAN YANG GAGAL.

Saturday, January 18, 2025

Pentas

    

     

     Semalam dengan tiba-tiba aku cakap dengan Kak Zizah, "Bila agaknya saya dapat tengok anak saya naik pentas?' Aku sebenarnya berada dalam keadaan sedar bila aku tanya soalan tu. Lepas tu Kak Zizah cakap ayat-ayat penyedap hati. 

    Entah kenapa tiba-tiba aku cakap macam tu. Mungkin sebab akhir-akhir ni ramai kawan-kawan yang share kejayaan anak masing-masing. Siap dapat masuk MRSM dan dapat anugerah macam-macam. Entahlah..

Thursday, January 9, 2025

Negeri Abadi

 


    Januari bermula dengan berita sedih. Mak telah kembali ke negeri abadi pada usia 82 tahun. Macam ni rupanya perasaan kehilangan orang yang kita sayang. Walaupun Mak adalah mak mertua aku tapi aku rasa sedih bila dapat berita kehilangan mak. Tak sangka rupanya hampir 15 tahun aku hidup dengan mak walaupun boleh dikira dengan jari aku spend masa dengan Mak. Mak adalah mak mertua yang baik cuma aku bukan menantu yang baik. Mungkin di hujung-hujung umur mak, mak tak suka dengan aku dah sebab aku tak layan mak dengan baik. Maafkan saya mak. Terkilan juga tak dapat jumpa mak tapi takdir Allah mengatasai semuanya. 

    Paling aku ingat di satu Hari Raya, aku bersalaman dengan Mak dan mak cakap, "Terima kasih sebab jadi menantu Mak." Terharu gila masa tu. Aku pun diterima baik dalam keluarga Mak. Aku doakan roh Mak ditempatkan bersama-sama orang soleh dan semua amalan mak diterima Allah. Tenanglah Mak di negeri abadi dan semoga Mak disatukan dengan Abah di syurga nanti.

Mak...saya minta maaf tak dapat jadi menantu yang baik untuk Mak. Tak layan Mak baik-baik masa Mak sakit. Saya minta maaf kalau ada terkasar bahasa dengan Mak. Walaupun Mak tak dapat baca tulisan saya ini, tapi saya harap Mak maafkan semua salah saya pada Mak.

Mak..terima kasih sebab jadi mak mertua yang baik untuk saya. Saya doakan mak sentiasa sejahtera di negeri abadi...Semoga kita berjumpa di syurga nanti.