Tuesday, September 1, 2026

September

Hari ni dah bulan September. Maksudnya dah 9 bulan aku pindah sekolah ke Meru. Pagi tadi PK Saujana ajak aku briskwalk sama-sama. Walaupun dah pindah tapi kenangan di Saujana masih segar dalam ingatan. Walaupun kejap tapi banyak beri kenangan manis pada aku.

Takdir Allah pindah kan aku di sekolah baru ini ada juga hikmah nya. Dan tahun ni juga macam-macam benda dah berlalu. Dy dapat kerja ofis hour, Ariana 1 sekolah dengan aku, Gibran ada perkembangan (yang ini cerita lain), Abah "pergi". 

Tapi tahun ni juga beberapa orang yang dekat dengan aku pergi menghadai Ilahi. Bermula dengan Abah, Anuar (classmate), isteri Pak Long dan yang terbaru Abang Zaki, suami Kak Long. Tak sangka 2026 ini banyak kisah duka yang jadi. 

Bila pindah sekolah baru aku kembali kepada suasana kerja toksik. Aku ambik masa yang lama juga nak adapt dengan suasana baru tapi mujur sekolah dekat dan ada adik-adik Gen Z yang boleh ngam. Tapi aku kesian dengan diorang yang kena hadap suasana kerja macam tu. Dan aku pun kena hadap situasi tu. Tempat kerja yang tak ada kesefahaman dan tak happy. Aku harap tahun depan bila dah ada bangunan baru, suasana akan berubah dan boleh kerja dalam suasana yang happy. 

Oh ya, aku pun dah berusia 42 tahun. Tak tahu berapa lama lagi masa yang ada sebab kematian datang tak kira umur. Aku pun dah renovate rumah bahagian depan. Alhamdulillah ada rezeki walapun buat loan, haha. Target aku lepas ni nak pergi umrah satu keluarga. InsyaAllah. 

Tuesday, June 16, 2026

Salam Maal Hijrah

 


Lepas Abah tak ada, aku ambil keputusan untuk jual Myvi ni. Benda yang aku beli lepas Honda Wave bila aku dapat gaji yang pertama. Ada beberapa kisah di sebalik kereta ini. Aku beli kereta ni lepas aku frust mak bayar sikit je duit yang dia pinjam untuk kenduri kahwin kakak aku. Aku rasa sampai sekarang kakak aku tak tahu yang dia kahwin pakai duit aku. Dan aku rasa mak pun tak ingat. Aku pun nekad beli kereta ni. Yang buat aku bengang juga, kakak aku boleh kata "jimat-jimat pakai duit tu" bila aku kata aku dah beli kereta. 

Tapi aku tak sedar rupanya ada kisah yang menanti lepas aku beli kereta ni. Rupanya Abah memang mengharapkan sebuah kereta. Kalau aku tahu aku belikan kereta yang lebih murah untuk dia pakai harian. Aku rasa selama aku bayar 10 tahun kereta ni, tak sampai sepuluh kali aku pakai. Bila aku nak pakai Abah akan marah-marah dan cepat-cepat nak suruh balik. Padahal masa tu aku kat Penang dan sekali sekala je balik. 

Apa yang paling menghancurkan hati aku adalah bila Abah kata nak bakar kereta ni bila aku cadangkan aku nak belikan dia van dan kereta ni aku nak ambil. Rupanya benda tu buatkan dia sangat marah dan kata nak bakar kereta tu. Sejak hari tu, aku tak ambil tahu langsung apa jadi dengan kereta tu. Roadtax pun aku tak bayar.

Lagi yang menyedihkan, satu hari aku nak balik Penang, aku nak suruh orang hantar ke Klang Sentral je, tapi mak suruh Abang Fahmi sedangkan masa tu Abah dan kereta tu ada kat rumah. Aku menangis masa tu, rasa sedih sangat-sangat. Apa yang lagi memedihkan, kereta tu Abah buat hantar dan ambil kakak aku pergi dan balik sekolah. Sedangkan nak hantar aku kat stesen bas pun dia tak nak. 

Jadi, lepas Abah tak ada, aku nekad nak jual kereta tu. Selama ni yang pakai pun kakak aku sedangkan dia mampu je beli kereta lain kalau dia nak. Biarlah apa diorang nak fikir sebab selama ni aku memang dah lama bersabar. Aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran Abah. Masa dia ada pun dia tak cakap apa-apa pasal kereta tu, tapi tak apalah Abah pun dah tak ada. Biarlah apa yang berlaku menjadi satu kenangan dalam perjalanan cerita hidup aku. Bila aku borak dengan Mak, mak pun tak ingat yang aku pernah hidup sendiri di Penang. Mungkin sebab tu Mak dan Abah tak rasa apa-apa tentang aku. 

Dan mungkin sebab tu aku dah biasa berdikari dan sendiri. Memujuk hati sendiri kalau rasa sedih. Tak sangka rupanya Myvi tu dah 18 tahun. Dan selama itulah setiap kali tengok Myvi tu aku mesti teringat kejadian tu. Kalaupun cerita pada orang rasa sakitnya tak akan sama. Semoga bila dah terjual luka tu terubat dan cerita itu tamat di sini. Semoga arwah Abah tenang di sana. Aaminn..

Sunday, May 3, 2026

Adapt

 Akhirnya aku dapat pindah ke sekolah yang dekat dengan rumah. Tapi macam biasa, bila masuk sekolah baru, suasana baru yang susah nak adapt. Dari sekolah terbilang ke sekolah kampung. Mula-mula aku rasa frust sebab kelas PPKI nya daif, tapi entahlah, PPKI kat mana-mana pun sama. 

Cikgu-cikgu ramai yang muda-muda. Tapi ada sorang cikgu yang aku tak berapa minat sangat caranya. Aku dapat rasakan masing-masing kat situ kerja dalam suasana yang toksik. Walaupun aku pernah kerja dalam suasana yang macam tu tapi sebenarnya susah nak adapt, lagi-lagi kalau kita jenis malas melawan. Aku pun tak suka style orang perli-perli. Kalau ada yang tak kena cakap je baik-baik. 

Susah juga kita nak ubah budaya yang memang ada. Aku tengok cikgunya rajin-rajin jugak. Aku sekarang pergi sekolah baca ayat kursi dan 3 qul sebagai pendinding diri sebab aku rasa ini lah sekolah terakhir sebab dah takde sekolah yang lagi dekat dengan ni. Semoga segala urusan aku dipermudah dan dilindungi Allah selalu. 

Abah dah takde...

 Dah sebulan lebih abah pergi ke negeri abadi. Tak sangka apa yang selalu bualkan dengan Teah akhirnya jadi kenyataan. Bermula dengan jatuh di bilik dan akhirnya Abah menghembuskan nafas terakhir di katil hospital. Aku dan adik beradik lain ada peluang untuk jaga Abah kat hospital, walaupun kejap tapi tulah khidmat terakhir aku sebagai anak. Sedih tapi redha. Sampai satu masa yang ada pasti akan pergi. Alhamdulillah..urusan Abah dipermudah dan orang yang mandikan Abah kata urusan mandikan Abah mudah. Mungkin ada doa-doa yang dimakbulkan Allah. 



Gambar ni masa aku jaga Abah kat hospital. Masa ni Abah boleh cakap lagi dan tanya aku "Hari ni tak sekolah?" Aku jawab, "Cuti". Lepas tu, keadaan Abah makin merosot dan akhirnya pergi meninggalkan kitorang semua. Rindu yang tak berkesudahan...Damailah Abah di sana. Semoga roh Abah sentiasa dicucuri rahmat Allah. Saya minta maaf kalau selama ni tak menjadi anak yang baik. Saya harap Abah ampunkan segala dosa saya dan halalkan makan dan minum saya. Semoga kita kan berjumpa di syurga nanti. 😔

Thursday, January 1, 2026

Selamat Tinggal 2025, Selamat Datang 2026.

 Hari ini dah masuk tahun 2026. Ada beberapa benda yang terjadi. Pertama Ariana dah habis sekolah rendah. Ariana dah graduasi. 





Antara gambar kenangan Ariana masa Hari Graduasi hari tu. Aku saja pergi walaupun tahu setakat mana pencapaian Ariana, tapi aku tahu moment-moment macam ni tak akan dapat diulang semula. Tahun 2026 Ariana dah masuk sekolah menengah. Ironinya, plan aku nak sekolah kan Ariana kat Saujana tak kesampaian sebabnya tanpa disangka aku dapat pindah ke SMK Meru. Memang aku mintak pindahh tapi tak sangka secepat ini. Aku baru tiga tahun kat Saujana. Mintak tukar sekali terus dapat. Tak tahu nak happy atau nak sedih tapi Alhamdulillah...Allah menjawab doa aku tahun ni. 

Tapi..walaupun hanya tiga tahun kat Saujana..entah kenapa aku rasa sedih gila. Mungkin tak bersedia atau faktor umur yang mula touching. Ingat lagi aku tulis beberapa post pasal Si Jengkel, sekarang au dah tinggalkan dia. Rata-rata cikgu-cikgu PPKI sedih bila aku pindah, diorang rasa kehilangan besar bila aku pindah. Aku tak pasti apa yang aku buat sampai diorang boleh rasa macam tu. Yang penting Allah telah tutup aib aku yang menyebabkan aku disenangi, kot? Tapi Alhamdulillah kalau betul diorang sayangkan aku. Tak jangka dengan majlis dari PPKI, dari KGK dan segala macam hadiah yang aku terima. Serius terharu. 😭😭😭



Tempat aku mengenali program masalah pembelajaran. Bila aku masuk PPKI Sutama aku macam cikgu baru, Banyak benda baru yang aku belajar untuk mengajar. Allah beri aku peluang selama 3 tahun je, bila aku dah mula rasa selesa, Allah kata, cukup. Tempatmu bukan di sini sebenarnya. Ya, kebanyakan cikgu-cikgu dan PPM semua rumah dekat dengan sekolah. ada yang 5 ke 110 minit je ke sekolah. Tapi aku hampir 30 minit pergi sekolah. 






Aku berdamai dengan takdir dan menerima apa yang Allah dah aturkan untuk aku. Semoga tahun 2026 menjadi tahun yang terbaik untuk aku, Ariana dan Gibran. Aaaminn....






Saturday, October 11, 2025

Happy Birthday, Gibran Anak Mama Tercinta



 

Briskwalk

 

Saja nak share yang aku dah start-start briskwalk kat taman dengan Teah. Ada geng rasa best jugak walaupun sakit kaki la, sakit pinggang la. Tapi bila setel tu rasa puas dan best. Mungkin sebab tengok alam kot, chewah. 

Bulan lepas beli semangat beli kasut baru, sekali salah saiz. Sakit gila kaki bila start pakai tu. Tapi aku syak kaki aku kembang masa tu. 

Tapi briskwalk ni takde lah buat aku kurus pun. tengok masih gemuk je macam dulu. Entahlah, memang dah tak boleh kurus dah kot cuma aku harap penyakit-penyakit lain macam darah tinggi ke, kencing manis ke kolestrol ke takdelah. 

Baru-baru ni aku daftar Fun Walk 3KM. jadilah buat suka-suka. Biasa kalau briskwalk aku target 10000 steps tapi Teah kuat, dia jalan laju. Jadilah kan, aktiviti hujung minggu. 

Wednesday, July 16, 2025

Pindah

 Aku sebenarnya tak terfikir pun nak pindah dari sekolah sekarang. Tapi hari tu ada satu isu yang membuatkan 2 orang tu kata nak pindah. Aku pun macam oo..semua nak pindah ke. Tiba-tiba aku pulak yang dicadangkan untuk pindah katanya supaya dekat dengan rumah. Entahlah..aku pun tak pasti. Tapi bila fikir-fikir balik mungkin ada baiknya kot sebab aku pun mula tak selesa dengan Jengkel tu. Sebelum dia mempergunakan aku lagi baiklah aku pindah. 

Lagipun pengetua yang ok ni dah pencen. Dan aku pun tak tahu macam dengan pengetua yang baru macam mana. Tak yahla fikirkan orang kan, yang penting aku fikirkan Ariana. Biarlah aku pergi sebelum dibenci. 

Wednesday, May 28, 2025

Jengkel (3)

 Minah tu buat hal lagi. Kali ni dia cakap kat aku lepas ni relief biar dia je yang buat. Itupun sebab ada orang tanya, biasa yang buat relief ni siapa ketua, dia kata dia dan aku ni tolong je. Aku tak tahu pulak yang aku ni tolong je, aku mati-mati ingat aku ada sekali dalam ajk tu. Bodohnya la rasa. Rasa macam aku tunjuk rajin pulak. Bencilah. Dulu aku dengan Syikah sama-sama buat. Tak sangka la pulak sebab kan jawatan & anugerah jadi macam ni. Takpelah, bersangka baik dan kurang la kerja aku. Biarlah lepas ni dia sendiri fikir dan buat. Aku tak payah susah-susah fikir lagi. 

Sunday, April 6, 2025

Selamat Hari Raya

Bila pergi beraya atau terima tetamu, kebanyakkannya cerita pasal kesihatan. Paling banyak aku dengar adalah potong kaki sebab kencing manis. Lepas tu suami atau isteri kena urus pasangan masing-masing. Aku kadang-kadang terfikir, antara aku dengan Dy, mungkin aku yang akan pergi dulu sebab di usia ini pun aku dah ada darah tinggi. Cuma aku harap kalau pun usia aku panjang, aku tidaklah menjadi bebanan kepada sesiapa. Biarlah aku pergi dengan senang tanpa perlu orang jaga waktu aku sakit. 

Dengan itu, mulai esok aku akan letak kereta kat luar sekolah dan jalan kaki pergi kelas PPKI. Harap-harap dengan usia aku yang sedikit tu dapat mengembalikan kesihatan dan tubuh menjadi sedikit kurus. Tiberrr.. 

Wednesday, March 19, 2025

Takdir (2)

Semalam Dy pergi bawa Gibran pergi jumpa Peads. Doktor kata tengok tahun depan nak apply kad OKU atau tak. Aku macam....please..tak kan lagi.  😢 Tapi kalau tengok progress Gibran macam ada potensi.

Aku bukan tak redha tapi tiba-tiba aku rasa penat sebab bila anak istimewa ni usaha untuk menjadi emak akan jadi lebih. Sedangkan dengan Ariana pun aku emak yang gagal apa tah lagi nak jadi emak kepada Gibran. 

Cuma aku harap, kalau ditakdirkan kami 'pergi' biarlah 'pergi bersama.' 

Sunday, February 23, 2025

JENGKEL (2)

 Adoi, hari ni bertambah lagi perasaaan aku tak suka dengan si dia tu. Pertama, hari tu aku tolong dia buat satu kerja ni, lepas tu dia cakap dia buat balik semula semula sebab dia pening dengan apa yang aku buat. So, aku decide lepas ni kalau pasal kerja tu biar dia buat sorang, kalau dia mintak tolong baru aku buat. Lagipun dia yang patut buat sebenarnya.

Kedua, masa buat video hari tu, dia mintak lagu untuk masukkan dalam video and video dah siap. Tup-tup dia kata dia nak masukkan lagu lain sebab lagu yang aku bagi tu entah pape katanya. Fine. Taste kitorang memang tak sama. Dia kata lagu liriknya ntah pape. Fine. 

Ketiga, dia kan dah tak jadi guru kelas, masa sikit nak jugak dia bagi masa dia kat cikgu praktikal yang nak datang nanti. Aku macam???? hey!!! ko ni kenapa yek?????? menyampah gila..sibuk je.

Pastu semalam bila Kak A beritahu dalam group yang aku kena ajar 5 subjek KS dan 1 subjek KR barulah dia nak msg aku and kata sorry tak perasan. What????? Bukan ko beria ke tak nak bagi cikgu ni cikgu tu banyak subjek, end up aku yang kena lepas mintak maaf kata tak perasan. Whatever!!!!!!

adoi, aku dah mula tak selesa ni dengan dia. Aku dah la sejenis orang yang tak pandai berpura-pura..macam mana ni. huhu..rasanya kalau boleh elak bekerjasama aku nak elak la. Tak suka la orang macam ni...agaknya aku memang xleh ngan dengan orang yang tua setahun la. Benci. 

Saturday, February 15, 2025

JENGKEL

Tiba-tiba aku rasa annoyed pulak dengan seseorang ni. Walaupun bibit-bibit perasaan tu aku dan mula rasa sejak kebelakangan ni tapi ia semakin ketara. Dia ni orang yang baik bila aku sampai kat tempat tu. Dan dia juga ada cerita layanan orang-orang lama terhadap dia. Tapi aku cuma mendengar dan memerhati individu-individu yang dia ceritakan.

Tapi sejak akhir-akhir ni aku tengok dia sejenis orang yang tak boleh tengok orang senang in terms of kerja. Dia juga sejenis orang tak mahu kalah dan sejenis yang nak selamatkan diri dulu. 

Semalam dia dah mula tunjuk perangai menolak kerja. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku malas nak layan sebab kalau kau mudahkan kerja orang, InsyaAllah Allah akan mudahkan kerja kau. Tapi masalah dia ni, dia akan tarik aku untuk join apa yang dibuat atas alasan dia selesa kerja dengan aku. Tapi aku secara jujurnya dah mula rasa tak selesa kerja dengan dia sebab aku rasa dia sejenis orang yang suka ambik kesempatan. 

Entahlah..aku pulak sejenis orang yang tak pandai nak cakap tak. Harap-harap aku dapat bertahan untuk setahun lagi. Semoga semuanya baik-baik je. 

Saturday, February 8, 2025

PENAT

 Sejujurnya aku mula rasa penat dengan kehidupan. Aku penat menjadi isteri, menjadi emak. Aku penat nak menjadi isteri yang menguruskan rumahtangga, menjaga suami, menjaga rumah..entah aku dah penat. Aku rasa penat menjadi emak. Menjadi emak yang nak kena mendidik anak-anak untuk pastikan anak-anak aku jadi anak yang baik. Serius aku penat. 

Aku rasa macam nak habiskan je kehidupan ni tapi amal masih tak cukup. Yang wajib pun tak buat apa lagi yang sunat.

Aku rimas dengan rumah, aku benci dengan rumah ni. Tak cantik, tak kemas. Aku benci. Aku rasa nak renovate je rumah ni bagi cantik dan kemas. Aku penat bangun pagi kena masak, kena buat kerja rumah kena jaga anak-anak. Aku penat, benci. 

Aku benci dengan fizikal aku yang dah tak cantik ni. Gemuk, muka hodoh, muka tua. Aku benci semua ni. Benda ni jadi bila dah mula kahwin dan ada anak. Bencinya.

Lepas tu kena pergi kerja pulak, kena buat kerja hadap orang dan gaji kena bayar semua komitmen. 

Aku benci bila aku rasa aku ni isteri yang pemalas yang tahu baring je. Tapi faham tak perasaan malas yang kau rasa tak nak buat apa dan kau benci dengan semua yang ada kat sekeliling ko. 

ISTERI

 


Sunday, January 26, 2025

GAGAL

 Semalam ada tragedi. Ada budak jatuh tangga dan kata sorang budak perempuan ni Gibran yang tolak. Entah, aku macam malas nak ambik port sebab benda dah jadi pun. Lagipun aku tak rasa Gibran yang buat. Aku suruh Dy tengok. Lepas tu Dy suruh aku tengok dan aku pergi jugak dalam keadaan terpaksa sebab aku tahu kalau aku pergi pun nak buat apa. 

Lepas tu aku tengok mood dy macam tak ok. Aku cuba jadi orang yang positif walaupun aku bukan orang yang macam tu. Bila aku cakap mungkin bukan Gibran yang buat dan budak perempuan tu just nak cover diri dia, Dy tak respon pun dan aku pada waktu tu macam jadi perempuan mulut jahat dan mak yang gagal. Dy macam salahkan aku dalam hal ni. 

Esok pagi, bila bangun Dy macam lempang pipi aku. Walaupun perlahan je tapi aku terfikir adakah dia sebenarnya memang nak lempang aku sebab apa yang aku cakap? Tapi sejujurnya aku memang kecil hati. Setelah apa yang aku buat masa majlis kakak dia ni, Sanggup stay lama, tidur dalam keadaan tak selesa, end up bila Gibran yang salah aku yang kena. 

Aku rasa aku memang tak patut jadi emak kepada Ariana dan Gibran. Aku memang tak pandai jaga diorang. Aku bukan macam mak-mak yang lain, yang boleh didik, ajar anak dengan baik. 

Even, aku memang tak patut jadi anak, isteri atau menantu kepada sesiapa pun. Atau lagi patut aku ni tak patut lahir dekat dunia supaya tak menyusahkan sesiapa. 

Dan akhirnya...aku bukan perempuan terbaik, tapi PEREMPUAN YANG GAGAL.

Saturday, January 18, 2025

Pentas

    

     

     Semalam dengan tiba-tiba aku cakap dengan Kak Zizah, "Bila agaknya saya dapat tengok anak saya naik pentas?' Aku sebenarnya berada dalam keadaan sedar bila aku tanya soalan tu. Lepas tu Kak Zizah cakap ayat-ayat penyedap hati. 

    Entah kenapa tiba-tiba aku cakap macam tu. Mungkin sebab akhir-akhir ni ramai kawan-kawan yang share kejayaan anak masing-masing. Siap dapat masuk MRSM dan dapat anugerah macam-macam. Entahlah..

Thursday, January 9, 2025

Negeri Abadi

 


    Januari bermula dengan berita sedih. Mak telah kembali ke negeri abadi pada usia 82 tahun. Macam ni rupanya perasaan kehilangan orang yang kita sayang. Walaupun Mak adalah mak mertua aku tapi aku rasa sedih bila dapat berita kehilangan mak. Tak sangka rupanya hampir 15 tahun aku hidup dengan mak walaupun boleh dikira dengan jari aku spend masa dengan Mak. Mak adalah mak mertua yang baik cuma aku bukan menantu yang baik. Mungkin di hujung-hujung umur mak, mak tak suka dengan aku dah sebab aku tak layan mak dengan baik. Maafkan saya mak. Terkilan juga tak dapat jumpa mak tapi takdir Allah mengatasai semuanya. 

    Paling aku ingat di satu Hari Raya, aku bersalaman dengan Mak dan mak cakap, "Terima kasih sebab jadi menantu Mak." Terharu gila masa tu. Aku pun diterima baik dalam keluarga Mak. Aku doakan roh Mak ditempatkan bersama-sama orang soleh dan semua amalan mak diterima Allah. Tenanglah Mak di negeri abadi dan semoga Mak disatukan dengan Abah di syurga nanti.

Mak...saya minta maaf tak dapat jadi menantu yang baik untuk Mak. Tak layan Mak baik-baik masa Mak sakit. Saya minta maaf kalau ada terkasar bahasa dengan Mak. Walaupun Mak tak dapat baca tulisan saya ini, tapi saya harap Mak maafkan semua salah saya pada Mak.

Mak..terima kasih sebab jadi mak mertua yang baik untuk saya. Saya doakan mak sentiasa sejahtera di negeri abadi...Semoga kita berjumpa di syurga nanti.

Wednesday, November 20, 2024

RAKAN SEKERJA

Betul apa orang kata, rakan sekerja tak boleh dijadikan sahabat atau kawan. Sekadar kawan di tempat di tempat kerja. Aku dah mula merasakannya setelah setahun berada di sini. Ya, mungkin boleh rasa selesa kerana boleh bercerita tentang perkara yang sama tapi akhirnya aku sedar yang kami memang berbeza.

Setelah lama aku mengenalinya aku rasakan dia seorang yang cepat stress, opportunist, tak boleh kalah dan nak kerja senang dan tak boleh tengok orang senang.

Jadi, bila fikir-fikir balik bila dia @ mereka pasal kisah dulu, mungkin ada dua versi. Jadi aku juga perlu berhati-hati supaya aku tak terpengaruh dengan mereka. Mujurlah aku pernah deal dengan orang-orang macam ni masa di tempat lama jadi tak ambik pusing sangat. Cuma kadang-kadang mengganggu sikit la fikiran dan perasaan. 

Harap-harap baik-baik jela kerja kat sini.

Saturday, November 2, 2024

Happy Birthday, Ariana

 


30 Oktober 2024 hari tu hari jadi Ariana. Sehari sebelum tu aku dah printkan gambar kartun Nabil kesukaan Ariana. Hari jadi dia tu aku belikan kek dan nak sambut dengan dia. Bila aku balik Ariana tengah tidur dan aku suruh dia bangun dan celebrate. Tapi dia takde mood. Aku jadi bengang dan marah-marah dia. Aku rasa apa aku buat tak dihargai. Tapi aku lupa yang Ariana special.

Bila dia dah makan dan ok sikit mood dia kembali ok. Lepas tu aku tanya, Ariana tak suka ke Mama beli kek. Dia jawab.."cuka." Masa tu hati aku luluh, aku rasa bersalah sangat pada Ariana. Aku tanya lagi, Ariana sayang Mama? Dia terus cium aku. Dan aku tahu sebenarnya dia happy dapat kek tema Super Nabil tu. Aku rasa bersalah sangat. Aku rasa aku masih lagi gagal jadi mak yang baik untuk Ariana. Maafkan Mama Ariana. 😭