Friday, August 23, 2024

Emotional Damage

 Semalam buat pertama kali aku menjawab bos aku sebab isu pengawas SPM. Jarang jugak aku nak ambik port pasal apa-apa sangat sebab nak jaga hati dan perasaan. Lagipun bos kan. Tapi ayat dia sedmalam tu macam tak profesional. kalau betul apa cikgu-cikgu buat tu salah boleh je cakap baik-baik. tak payah la cakap sepanjang perkhidmatan tak pernah ada cikgu-cikgu yang buka ruang. Kitorang pun tak tahu benda tu buka ruang. Lepas tu cakap mungkin cikgu-cikgu dah penat jaga budak. Bagi aku pada umur-umur macam ni manners tu kena ada. Cikgu-cikgu pun bukan muda-muda lagi, semua pun dah pangkat mak-mak. Janganlah guna ayat perli-perli macam tu. Tak tahulah lepas ni macam mana dia dengan aku. Kena blacklist la kot..hahaha.. Nasib baik ada cikgu-cikgu yang backup. Pelik jugak perangai macam ni. 

Tadi borak dengan kak Zizah, dia kata kadang-kadang orang isi nak jaga SPM tu sebab nak cari duit lebih. Aku pun setuju. Semua kena berlapang dada lah. kalau dapat sekolah yang jauh-jauh, bos tu tak fikir pun masalah kita. Entahlah, aku pun dah malas nak jaga hati orang. Masing-masing ada tugas sendiri. Baik cara cakap baiklah yang diterima. kalau ayat-ayat perli macam tu patut kena sedas bagi sedar. hihihi

Ni pun aku rasa malas dah nak pergi team building tu. tapi dah bayar pulak. Agaknya faktor usia serba serbi jadi malas. 

Saturday, August 3, 2024

Takdir

 

Beberapa hari lepas aku ada tengok video seorang ustaz ni. Dia kata perjalanan hidup kita ni dah ditakdirkan oleh Allah. Aku juga pernah dengar kalau kita mengalami De Javu, itu adalah sebenarnya perjalanan hidup kita yang telah ditunjukkan sebelum kita lahir ke dunia.

Tadi aku pergi ambil report card Gibran. Macam biasa Gibran masih banyak yang belum dicapai berbanding kawan-kawannya. Walaupun aku rasa banyak perkembangan Gibran namun ia
masih terlalu lambat.

Aku tanya pada Dy, adakah Gibran akan jadi macam Ariana. Dy kata dia dah boleh agak. Mungkin kesan pembedahan masa kecil yang buat Gibran macam tu. Dy macam biasa tenang. Tapi aku? Entah..hati mak mana yang tak sedih kalau anaknya tak normal tapi siapa aku yang ingin menidakkkan takdir Allah dalam mengatur kehidupan aku. 

Mungkin dalam perjalanan aku sebagai ibu, takdir aku tidak seindah orang lain. Aku keguguran tiga kali dan 1 anak istimewa dan 1 anak yang lambat perkembangannya. Aku pernah baca, ada orang kata anak normal menyenangkan kita di dunia, anak istimewa memudahkan kita di akhirat. Mudah-mudahan itu yang berlaku pada aku dan Dy. 

Kalaulah Gibran macam Ariana, aku kena berlapang dada dan menerima takdir yang Allah dah aturkan untuk aku. Allah sebaik-baik Perancang. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.