Monday, December 31, 2012

Awek Chuck Taylor

Ini adalah latest novel yang aku baca. Ramai orang kata novel ni best dan ia adalah berdasarkan kisah benar. Jadi, aku pun minat la nak baca. Memula tu agak susah nak terima jugak cerita tu sebab aku terfikir ada ke perempuan macam Mira tu wujud. Gila ganas. Tapi kalau novel cinta jiwang tu pun macam tak logik, so tak kisah la kan.

Bila aku habis baca novel ni, aku rasa sangat kesian dengan Hafiz tu. Sebab aku dah pernah tengok penulisnya, lagi la aku kesian. ada ke orang baik dan lurus mcam Hafiz tu kan? Tapi love is blind. Kita akan buat apa saja untuk cinta. Aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana hidup ni kalau orang yang kita sayang meninggal dunia. =(



Happy New Year

Lagi beberapa jam tahun 2012 bakal berakhir. Kejap je rasanya masa berlalu. Tahun 2012 boleh dikatakan tahun yang tak best untuk aku. Episod kguguran membawa impak yang agak besar dalam hidup aku. Itu antara dugaan terbesar dalam hidup aku. Disusuli dengan tanda-tanda kemurungan yang aku alami sampilah tekanan darah aku tinggi akibat stress. 2012 memang bnyak menguji aku. Tapi aku positif sebab aku percaya apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Pasti ada kemanisannya walaupun aku tak tahu apa.

Aku tak ingat apa azam 2012 aku. Tapi tahun ni berazam konon-kononnya tak nak minum air manis. Tengoklah setakat mana boleh bertahan. Sebab aku macam dah berjaya tak makan McD sejak Israel serang Palestin tu. Harap-harap akan berterusan la.

Aku harap juga aku boleh kawal stress di tempat kerja. Mungkin dulu tak pandai handle sampai boleh kena tekanan darah tinggi, so harap tahun depan aku boleh handle. yang paling penting jangan bawak kerja balik rumah macam dulu. Kerja di sekolah siapkan di sekolah. Rumah adalah untuk tempat berehat dan bersama orang yang tersayang.

Bercakap tentang orang tersayang, aku harap aku akan jadi isteri, anak dan menantu yang baik. Yang mampu menggembirakan hati semua. Insyaallah.

Apa-apapun selamat tahun bar semua. Semoga tahun 2013 akan menjadi tahun yang terbaik untuk kita semua. Amin.

Saturday, December 22, 2012

Tak sama

Apa yang fikirkan tak akan sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Itu memang pasti. Jadi yang aku harapkan beritahu. Beritahu apa yang kau mahu dan tidak mahu. Sejujurnya aku masih belum mampu memahami. Adakah dia juga hipokrit macam orang lain? Niat baik kita tak semua orang sudi terima. Mungkin aku patut fikir untuk diri sendiri berbanding orang lain. Walaupun dia. Tapi aku sanggup buat apa saja demi cinta dan persahabatan. Tapi itu semua yang bakal kecewakan aku. Mungkin aku patut fikirkan kebahagiaan aku sendiri.

Aku patut lebih berdikari macam dulu. Jadi kuat macam dulu. Sedih dan bahagia sendiri. Mungkin perkahwinan hanya satu tiket untuk bersama secara halal dan kita masih lagi sendiri. Tiada lagi istilah berkongsi hidup sebab akhirnya kita sendiri meneruskan hayat ini. Membuat apa jua keputusan sendiri. Mungkin walau sudah berkahwin masih mengamalkan 'aku hidup aku, kau hidup kau. kau buat apa yang kau suka, aku buat apa yang aku suka." . Macam duduk dengan teman serumah tapi berlainan jantina. Mungkin aku fikir macam tu. Dalam masa yang sama tak lupakan tanggungjawab.

Dulu pun aku ada teman serumah, tapi aku buat semua sendiri. Bercerita hanya untuk tanya pendapat dan akhirnya keputusan terletak di tangan aku. Mungkin aku patut praktikkan itu balik.

Harapan

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Macam impian aku semalam....

Tuesday, December 18, 2012

Baru

Tengah mencuba keyboard untuk Ipad ni. Fuh! memang susah nak taip sebab kecik. Kena jugak biasakan diri. Hehe

Sunday, December 16, 2012

Tempat berteduh

      Baru-baru ni aku mendapat syafaat untuk membeli rumah. Macam-macam nasihat dari kawan-kawan yang aku dengar. Akhirnya aku berniat nak beli rumah di Meru. Tapi sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan, aku tak jadi beli rumah tu walaupun dah byr deposit RM100 dan segala dokumen dah disiapkan. Sejujurnya aku agak ralat tak dapat beli rumah tu sebab harga dan condition rumah tu bagi aku sangat ok. Tapi aku cuba positifkan diri dan anggap bukan rezeki lagi.

     Lepas tu, ada kawan aku yang beli apartment di Damansara Damai. Jadi, aku pun memulakan balik aktiviti mencari apartment di sekitar KL. Macam-macam keadaan rumah jugak la yang aku tengok. Dan akhirnya aku berkenan dengan sebuah apartment di Damansara Damai. Tingkat 5 dan harga RM133 000. Dari kira-kira aku mampu la nak bayar harga bulanan rumah tu. Tapi Allah ada perancangan Nya sendiri. Banker kata managment kawasan tu tak bayar cukai tanah, so nanti aku akan ada masalah untuk tukar nama. Oleh sebab rasa nak sangat rumah tu, aku dah siap bayar deposit. Nasib baik dapat balik.

     Sejak tu aku dah serik nak beli rumah 2nd hand. Tapi rasa nak memiliki rumah sendiri tu makin membuak-buak. Apatah lagi melihat kawan-kawan masing-masing dah ada rumah sendiri. Ada yang suami belikan, ada yang mak mertua support  down payment, ada yang kongsi dengan boyfriend. Aku? Bak kata kawan aku, aku sorang je lagi yang tak ada rumah sendiri. Agak sentap jugakla bila dengar dia cakap macam tu. Tapi untuk positifkan diri, aku anggap belum rezeki. Lagipun kawan aku tu ada mak mertua yang kaya. So, memang tak ada masalah la kan?

     Aku ada jugakla berkongsi masalah ni dengan kawan-kawan. Macam-macam jugakla nasihat yang aku dengar. Dan akhirnya, kongsilah masalah dengan mak. Sebab akhirnya jawapan ada pada dia. Aku cakap dengan mak yang aku nak beli rumah di Johor. Mak dengan selamba mengizinkan. Yang penting aku ada rumah. So, aku rasa lega sangat lepas dengar mak cakap macam tu. Sebabnya aku pun bukan nak duduk Meru sangat. Nanti tak boleh nak lari. hehe..So, minggu depan aku akan tengok rumah yang aku nak beli tu. Kalau ok boleh terus beli. Tapi aku masih ada masa untuk berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusan aku sebab aku sangat yakin hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk aku. InsyaAllah.