Saturday, November 24, 2012

Rezeki

"Setiap baby tu ada rezeki nya kan?"

"Haah."

"Mungkin buat masa sekarang rezeki kita cukup kot. Sebab tu belum ada baby."

"................................"

Dari Langit

 " Harap-harap bangun tido ada duit bawah bantal"

" Tak ada ke duit nak turun dari langit?"

Itu antara dialog-dialog aku dulu. Waktu muda-muda. Semalam aku baru perasan yang aku dah lama tak ucapkan ayat-ayat macam tu. Alhamdulillah. Maksudnya rezeki aku murah sekarang. Walaupun tak hidup mewah tapi tak susah macam dulu. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki ku dan keluargaku. Amin.

Monday, November 19, 2012

Bisik

Waktu lapang aku sekarang diisi dengan membaca buku-buku cerita yang Dy beli. Sebab aku pernah disogokkan dengan buku cerita cinta yang tak logik, maka aku agak sinis dengan buku-buku yang ada di pasaran. Tapi tu semua berubah bila aku start baca buku-buku dari Fixi. Aku tak kata semua buku Fixi best. Cuma ada dua tiga yang menarik minat aku. Salah satunya adalah Bisik. Aku rasa ni lah buku terbaik Fixi yang pernah aku baca.

Buku ni cerita pasal Mikael yang baru pindah rumah. Dia ada housemate nama Nazman. Tapi Nazman ni seorang yang pelik. 

Ok..sampai situ je sinopsis nye. nak tau sila beli..hehe

.Jalan cerita memang menarik dan suspen. Sampai ada la jugak seram-seramnya. Aku memang suka buku cerita yang bergenre macam ni. Baru thrill. Kalau baca buku cerita cinta, aku dah boleh agak dah ending dia.

Aku suruh gak Dy buat cerpen cerita seram-seram. Baru seronok nak baca. hehe

 p/s : seram tak kucing ni..hehe

Thursday, November 8, 2012

Kasih Sayang

Adakah Tuhan betul-betul sayang kan aku sampai Dia sentiasa menguji aku? Aku tidak dilahirkan dengan wajah dan badan yang cantik. Apa saja yang buruk tentang seseorang, aku dah pernah alami. Gemuk? Gelap? Jerawat? Itu semua dah pernah aku alami. Dibuli? Diejek? Dihina? Semua tu aku dah pernah alami.

Juga bukan anak kesayangan mak abah.

Tuhan uji aku lagi dengan situasi yang memaksa aku membuat pilihan. Pilhan yang dibuat diiringi dengan kutukan dari orang sekeliling.

Tuhan uji aku lagi dengan meletakkan aku jauh di utara. Sendirian.

Tuhan uji aku lagi dengan keguguran. Paling berat.

Lepas 8 bulan, tiada tanda. Tuhan masih uji aku. Aku bersyukur. Tuhan masih sayangkan aku. Sebab itu Dia uji aku. Cuma aku harap, aku akan terus kuat dan kuat. Aku juga masih yakin ada sesuatu di sebalik semua ini.

Wednesday, November 7, 2012

Kekuatan

Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk menempuh apa jua cubaan dan dugaan..amin..