Monday, December 31, 2012

Awek Chuck Taylor

Ini adalah latest novel yang aku baca. Ramai orang kata novel ni best dan ia adalah berdasarkan kisah benar. Jadi, aku pun minat la nak baca. Memula tu agak susah nak terima jugak cerita tu sebab aku terfikir ada ke perempuan macam Mira tu wujud. Gila ganas. Tapi kalau novel cinta jiwang tu pun macam tak logik, so tak kisah la kan.

Bila aku habis baca novel ni, aku rasa sangat kesian dengan Hafiz tu. Sebab aku dah pernah tengok penulisnya, lagi la aku kesian. ada ke orang baik dan lurus mcam Hafiz tu kan? Tapi love is blind. Kita akan buat apa saja untuk cinta. Aku pun tak dapat nak bayangkan macam mana hidup ni kalau orang yang kita sayang meninggal dunia. =(



Happy New Year

Lagi beberapa jam tahun 2012 bakal berakhir. Kejap je rasanya masa berlalu. Tahun 2012 boleh dikatakan tahun yang tak best untuk aku. Episod kguguran membawa impak yang agak besar dalam hidup aku. Itu antara dugaan terbesar dalam hidup aku. Disusuli dengan tanda-tanda kemurungan yang aku alami sampilah tekanan darah aku tinggi akibat stress. 2012 memang bnyak menguji aku. Tapi aku positif sebab aku percaya apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Pasti ada kemanisannya walaupun aku tak tahu apa.

Aku tak ingat apa azam 2012 aku. Tapi tahun ni berazam konon-kononnya tak nak minum air manis. Tengoklah setakat mana boleh bertahan. Sebab aku macam dah berjaya tak makan McD sejak Israel serang Palestin tu. Harap-harap akan berterusan la.

Aku harap juga aku boleh kawal stress di tempat kerja. Mungkin dulu tak pandai handle sampai boleh kena tekanan darah tinggi, so harap tahun depan aku boleh handle. yang paling penting jangan bawak kerja balik rumah macam dulu. Kerja di sekolah siapkan di sekolah. Rumah adalah untuk tempat berehat dan bersama orang yang tersayang.

Bercakap tentang orang tersayang, aku harap aku akan jadi isteri, anak dan menantu yang baik. Yang mampu menggembirakan hati semua. Insyaallah.

Apa-apapun selamat tahun bar semua. Semoga tahun 2013 akan menjadi tahun yang terbaik untuk kita semua. Amin.

Saturday, December 22, 2012

Tak sama

Apa yang fikirkan tak akan sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Itu memang pasti. Jadi yang aku harapkan beritahu. Beritahu apa yang kau mahu dan tidak mahu. Sejujurnya aku masih belum mampu memahami. Adakah dia juga hipokrit macam orang lain? Niat baik kita tak semua orang sudi terima. Mungkin aku patut fikir untuk diri sendiri berbanding orang lain. Walaupun dia. Tapi aku sanggup buat apa saja demi cinta dan persahabatan. Tapi itu semua yang bakal kecewakan aku. Mungkin aku patut fikirkan kebahagiaan aku sendiri.

Aku patut lebih berdikari macam dulu. Jadi kuat macam dulu. Sedih dan bahagia sendiri. Mungkin perkahwinan hanya satu tiket untuk bersama secara halal dan kita masih lagi sendiri. Tiada lagi istilah berkongsi hidup sebab akhirnya kita sendiri meneruskan hayat ini. Membuat apa jua keputusan sendiri. Mungkin walau sudah berkahwin masih mengamalkan 'aku hidup aku, kau hidup kau. kau buat apa yang kau suka, aku buat apa yang aku suka." . Macam duduk dengan teman serumah tapi berlainan jantina. Mungkin aku fikir macam tu. Dalam masa yang sama tak lupakan tanggungjawab.

Dulu pun aku ada teman serumah, tapi aku buat semua sendiri. Bercerita hanya untuk tanya pendapat dan akhirnya keputusan terletak di tangan aku. Mungkin aku patut praktikkan itu balik.

Harapan

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita
Selamanya

Macam impian aku semalam....

Tuesday, December 18, 2012

Baru

Tengah mencuba keyboard untuk Ipad ni. Fuh! memang susah nak taip sebab kecik. Kena jugak biasakan diri. Hehe

Sunday, December 16, 2012

Tempat berteduh

      Baru-baru ni aku mendapat syafaat untuk membeli rumah. Macam-macam nasihat dari kawan-kawan yang aku dengar. Akhirnya aku berniat nak beli rumah di Meru. Tapi sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan, aku tak jadi beli rumah tu walaupun dah byr deposit RM100 dan segala dokumen dah disiapkan. Sejujurnya aku agak ralat tak dapat beli rumah tu sebab harga dan condition rumah tu bagi aku sangat ok. Tapi aku cuba positifkan diri dan anggap bukan rezeki lagi.

     Lepas tu, ada kawan aku yang beli apartment di Damansara Damai. Jadi, aku pun memulakan balik aktiviti mencari apartment di sekitar KL. Macam-macam keadaan rumah jugak la yang aku tengok. Dan akhirnya aku berkenan dengan sebuah apartment di Damansara Damai. Tingkat 5 dan harga RM133 000. Dari kira-kira aku mampu la nak bayar harga bulanan rumah tu. Tapi Allah ada perancangan Nya sendiri. Banker kata managment kawasan tu tak bayar cukai tanah, so nanti aku akan ada masalah untuk tukar nama. Oleh sebab rasa nak sangat rumah tu, aku dah siap bayar deposit. Nasib baik dapat balik.

     Sejak tu aku dah serik nak beli rumah 2nd hand. Tapi rasa nak memiliki rumah sendiri tu makin membuak-buak. Apatah lagi melihat kawan-kawan masing-masing dah ada rumah sendiri. Ada yang suami belikan, ada yang mak mertua support  down payment, ada yang kongsi dengan boyfriend. Aku? Bak kata kawan aku, aku sorang je lagi yang tak ada rumah sendiri. Agak sentap jugakla bila dengar dia cakap macam tu. Tapi untuk positifkan diri, aku anggap belum rezeki. Lagipun kawan aku tu ada mak mertua yang kaya. So, memang tak ada masalah la kan?

     Aku ada jugakla berkongsi masalah ni dengan kawan-kawan. Macam-macam jugakla nasihat yang aku dengar. Dan akhirnya, kongsilah masalah dengan mak. Sebab akhirnya jawapan ada pada dia. Aku cakap dengan mak yang aku nak beli rumah di Johor. Mak dengan selamba mengizinkan. Yang penting aku ada rumah. So, aku rasa lega sangat lepas dengar mak cakap macam tu. Sebabnya aku pun bukan nak duduk Meru sangat. Nanti tak boleh nak lari. hehe..So, minggu depan aku akan tengok rumah yang aku nak beli tu. Kalau ok boleh terus beli. Tapi aku masih ada masa untuk berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusan aku sebab aku sangat yakin hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk aku. InsyaAllah.

Saturday, November 24, 2012

Rezeki

"Setiap baby tu ada rezeki nya kan?"

"Haah."

"Mungkin buat masa sekarang rezeki kita cukup kot. Sebab tu belum ada baby."

"................................"

Dari Langit

 " Harap-harap bangun tido ada duit bawah bantal"

" Tak ada ke duit nak turun dari langit?"

Itu antara dialog-dialog aku dulu. Waktu muda-muda. Semalam aku baru perasan yang aku dah lama tak ucapkan ayat-ayat macam tu. Alhamdulillah. Maksudnya rezeki aku murah sekarang. Walaupun tak hidup mewah tapi tak susah macam dulu. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki ku dan keluargaku. Amin.

Monday, November 19, 2012

Bisik

Waktu lapang aku sekarang diisi dengan membaca buku-buku cerita yang Dy beli. Sebab aku pernah disogokkan dengan buku cerita cinta yang tak logik, maka aku agak sinis dengan buku-buku yang ada di pasaran. Tapi tu semua berubah bila aku start baca buku-buku dari Fixi. Aku tak kata semua buku Fixi best. Cuma ada dua tiga yang menarik minat aku. Salah satunya adalah Bisik. Aku rasa ni lah buku terbaik Fixi yang pernah aku baca.

Buku ni cerita pasal Mikael yang baru pindah rumah. Dia ada housemate nama Nazman. Tapi Nazman ni seorang yang pelik. 

Ok..sampai situ je sinopsis nye. nak tau sila beli..hehe

.Jalan cerita memang menarik dan suspen. Sampai ada la jugak seram-seramnya. Aku memang suka buku cerita yang bergenre macam ni. Baru thrill. Kalau baca buku cerita cinta, aku dah boleh agak dah ending dia.

Aku suruh gak Dy buat cerpen cerita seram-seram. Baru seronok nak baca. hehe

 p/s : seram tak kucing ni..hehe

Thursday, November 8, 2012

Kasih Sayang

Adakah Tuhan betul-betul sayang kan aku sampai Dia sentiasa menguji aku? Aku tidak dilahirkan dengan wajah dan badan yang cantik. Apa saja yang buruk tentang seseorang, aku dah pernah alami. Gemuk? Gelap? Jerawat? Itu semua dah pernah aku alami. Dibuli? Diejek? Dihina? Semua tu aku dah pernah alami.

Juga bukan anak kesayangan mak abah.

Tuhan uji aku lagi dengan situasi yang memaksa aku membuat pilihan. Pilhan yang dibuat diiringi dengan kutukan dari orang sekeliling.

Tuhan uji aku lagi dengan meletakkan aku jauh di utara. Sendirian.

Tuhan uji aku lagi dengan keguguran. Paling berat.

Lepas 8 bulan, tiada tanda. Tuhan masih uji aku. Aku bersyukur. Tuhan masih sayangkan aku. Sebab itu Dia uji aku. Cuma aku harap, aku akan terus kuat dan kuat. Aku juga masih yakin ada sesuatu di sebalik semua ini.

Wednesday, November 7, 2012

Kekuatan

Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk menempuh apa jua cubaan dan dugaan..amin..

Sunday, October 7, 2012

Baca

"Sejak bila hobi kau membaca?"

Tula pertanyaan kawan aku bila aku selalu post gambar buku kat Instragram. Bila tengok balik banyak juga buku yang aku dah baca. Ni semua disebabkab hobi suami aku yang suka beli buku dan baca buku.

" Takpe, hobi yang bagus" kata kawan aku lagi.

Tapi gara-gara baca buku seram, aku jadi takut sendiri. Hampeh!

Tekanan

Baru-baru ni tekanan darah aku tinggi. Patutla sejak kebelakangan ni aku selalu sakit kepala dan senang marah. Ada satu hari tu aku tak mampu nak kawal emosi aku baling cawan sampai pecah. Jadi, aku pun mengambil keputusan untuk check darah dan memang betul tekanan darah aku tinggi. Doktor bagi ubat migrain.

Tak sangka pulak aku kena tekanan darah tinggi. Mungkin stress, mungkin banyak kerja, mungkin sebab gemuk (macam mak aku cakap) mungkin kedua-duanya. Tapi alhamdulillah..sekarang tekanan darah dah normal balik. Aku pun dah amik inisiatif tak nak marah-marah lagi sebab aku pun yang penat. Students aku bukan kisah pun.

Ada kawan cakap jangan stress dan fikir sangat pasal anak. Ada rezeki nanti adalah. Tapi, macam mana la tak stress kalau tiap-tiap hari aku akan dengar kawan-kawan aku cerita pasal anak dia. Pasal anak dia main tu la, makan ni la, pakai baju ni la, bangun tengah malam la..kalau korang la, korang tak stress ke? Kadang-kadang aku terfikir yang diorang ni tak ada rasa simpati ke, at least rasa kasihan la..kalau nak cerita pun
tunggu la aku tak de ke..sebenarnya aku cuba la berlagak tak pape..tapi sebenanrnya memang tak boleh.

Sebabnya aku sendiri memang tak akan buat benda macam tu. Macam dulu kat universiti. Kebanyakan kawan-kawan aku belum ada boyfriend. Dan aku tak akan cerita pasal boyfriend saja-saja (walaupun ada kawan aku buat, siap tunjuk gambar dan puji BF dia tu hensem) kecuali kalau diorang tanya. Sebabnya aku faham perasaannya. Bukan semua orang suka apa yang kita cerita. So, aku mengharapkan orang di sekeliling aku juga berfikiran macam aku..tapi tak.

Mujurlah ada kawan aku W, yang mampu beri aku kekuatan. Betul juga orang kata kalau kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita. W ni pernah mengalami waktu-waktu kemurungan dan sedih macam apa yang aku lalui sekarang. Waktu tu akula jadi tempat dia mengadu. Sampai kadang-kadang aku pun tak tahu apa nasihat lagi. Dan sekarang dia dah ada kehidupan yang gembira. Dia juga yang bagi aku kata-kata semangat untuk aku teruskan hidup. Walaupun dia tak ada kat sini tapi aku tetap anggap dia bestfriend aku. Aku doakan dia akan bahagia selalu.

Sebenarnya, kehidupan aku lebih baik dari orang-orang lain. Dah banyak kali aku ingatkan diri aku tentang itu. Sekurang-kurangnya aku pernah mengandung, aku ada suami, ada kerja, ada kereta, ada gaji yang cukup, tubuh badan yang sempurna..cumanya aku kena lebih berdoa, bersyukur dan redha dengan apa yang dah ditetapkan oleh Allah. Dah banyak hikmah yang Allah bagi untuk aku. Aku patut percaya pada-Nya. Belajar bersabar dan jadi orang, isteri, anak yang lebih sempurna.

Saturday, September 15, 2012

Lama

Lama rasanya tak tulis kat blog ni. Padahal blog ni salah satu tempat kalau jiwa aku kacau.
Sekarang aku suasana kat sekolah aku dah semakin baik, tak macam awal-awal kedatangan aku dulu. Cuma sekarang banyak la pulak keje. Semuanya nampak macam ok sampailah satu hari ni.
Aku perasan jugak yang aku sekarang senang marah. Mungkin sebab students yg sangat lemah. Tapi sebenarnya aku tak boleh nak salahkan diorang sebab latar belakang diorang memang sangat kesian.
Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas aku ada marah sorang budak Ting 5 sebab dia tak bagi kerjasama. Lepas tu dia macam merajuk. Perkara tu sikit sebanyak memang mengganggu fikiran aku. Buat aku terfikir salah aku ke?

Perkara tu sebenarnya bersangkut paut dengan satu persembahan yang pend khas kena buat. Dan pada mulanya bukan aku yg bertanggungjawab. Tapi sebab ada sorang cikgu yg tak nak beri komitmen dan lepas tangan tugas tu jatuh kat aku. Mungkin sebab tu jugak aku jadi bengang dan lepaskan pada students. Sebab bukan senang nak handle budak2 tu. Nasib baik pada hari persembahan tu diorang bagi yg terbaik.
Berkenaan dengan cikgu tu pulak, aku memang ada tak puas hati dgn dia dlm beberapa perkara. Sikap childish dia pun agak menyampahkan. Tapi takpelah, aku harap aku diberi kekuatan sebab sekarang suasana dan ok dah berbanding dulu. Aku kena pandai handle supaya tak rasa stress macam dulu.

Saturday, August 11, 2012

Belum masa

Kena la tunggu sebulan lagi..

Sunday, July 29, 2012

Baju raya

Waktu orang sibuk cari baju raya, aku sepatutnya tengah sibuk cari baju baby..tapi Tuhan ada perancanganNya sendiri...

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan

Ramadhan datang lagi.Kali ni betul2 punya puasa bersama suami. Membawa maksud kena masak untuk berbuka dan yang paling xpernah buat ialah bangun untuk masak sahur. Sebab dah tak boleh la fikir perut ni sorang je, sebab dah ada satu lagi perut boroi yang nak dijaga, heh.

Thursday, June 14, 2012

Sumpah-sumpah

Aku tak tahu pulak yang muka aku ni boleh berubah-ubah..sebabnya..kerani sekolah aku menyangkakan yang aku adalah cikgu baru yang nak lapor diri setelah 6 bulan aku keluar masuk kat pejabat tu. dan itu kali kedua dia cakap macam tu.

Dan tadi kejadian yang sama berlaku lagi. Sorang cikgu tanya aku ni baru posting ke sebab tak pernah nampak, padahal baru tiga hari lepas aku duduk makan semeja dengan dia.

Agaknya, muka aku ni berubah ikut cuaca kot..macam sumpah-sumpah. Ke aku ni sumpah-sumpah pada kelahiran lepas..kah kah kah

Tenang

Setelah enam bulan, kali ni baru rasa tenang..harap ia berkekalan.

Friday, May 11, 2012

A year

Dah setahun jadi suri hidup Dy..moga kekal hingga hujung nyawa..amin..

Monday, April 30, 2012

Baca

Bila la nak habiskan baca buku di rak tu. Lagi-lagi dah ada hiburan lain macam Ipad 2 ni. Haish..

Thursday, April 26, 2012

Hobi

Kalau orang tanya apa hobi aku sekarang, jawapannya main game kat facebook dan surf internet. Sungguh tak berilmiah.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang boleh dikatakan minat membaca juga. Mak adalah pelanggan setia surat khabar dan majalah.Tak lengkap rasanya sehari mak tak baca surat khabar. Kakak pula pengumpul novel - novel cinta. Dulu mane ada hiburan macam sekarang. Jadi masa diisi dengan membaca.

Tapi, aku sedar yang minat aku untuk membaca semakin berkurangan apabila disogokkan dengan bahan bacaan yang agak mengarut. Contohnya majalah Mastika. Novel-novel cinta pulak bagaikan satu cerita khayalan yang rasanya macam tak wujud manusia sesempurna itu di alam nyata. Lantas, aku menjadi jelik untuk meneruskan pembacaan bahan-bahan seperti itu. Maka, berakhirlah minat aku untuk membaca bahan- bahan yang agak berat. Aku lebih suka membaca bahan- bahan ringan macam Ujang, Gila-gila.
Tapi sekarang aku duduk satu rumah dengan orang yang minat membaca Mula- aku masih lagi prejudis terhadap buku-buku yang dia beli. Aku tak terpengaruh langsung untuk membaca sebab takut kecewa dengan isi kandungannya. Tapi nampaknya tak semua buku mengecewakan. Masih ada lagi yang mampu menghiburkan.

Selamat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa.

Friday, April 13, 2012

Silent is Golden

Aku ingat akau sorang je yang tension di bangunan 4 tingkat tu, rupanya kawan sekerja aku pun sama. Mula la nak bandingkan dengan tempat lama. Tapi hakikatnya aku bukan lagi di sana.

Aku ni jenis mudah percaya orang. Tapi aku silap, Tak semua orang boleh dipercayai. Aku kena berpegang pada tu mulai hari ini. Diam tu lebih baik sebab lagi banyak kita cakap lagi banyak kebodohan kita akan keluar. Semoga Tuhan melindungi aku dari orang-orang yang tidak baik. Amin.

Wednesday, April 4, 2012

Kesabaran

Aku agak penat mengajar students tingkatan 3. Penat sebab :

1. mereka sangat lemah, basic memang lemah. takkan aku nak mula dari awal
2. ada yang pandai tapi malas dan bagi aku sangat melampau.

tadi aku marah dia sebab dalam peperiksaan tadi dia cuma salin soalan yang bagi aku benda tu hanya dibuat oleh student yang betul-betul lemah. Memang darah aku naik sampai otak la. Sebab aku tahu kemampuan dia bukan setakat itu.

Aku memang pernah rasa untuk buat tak tahu dengan dia. lantak la dia nak belajar ke tak. Tapi, tu bukan tugas seorang cikgu. Cikgu kena bimbing pelajar sampai berjaya. tapi kalau dah perangai macam tu siapa tak geram kan? Kalau adik aku nak je aku cubit bagi sedar sikit. Nasib baik anak orang. Aku doakan la yang budak-budak tu dilembutkan hati dan boleh terima pelajaran. Bukan datang sekolah setakat habiskan duit mak bapak diorang.

Saturday, March 24, 2012

Great Teacher Ziana

Tajuk kat atas memang macam-macam ala bangga diri, perasan. Tapi peduli apa sebab itu memang apa yang aku rasa. hehe..Kepuasan sebenar menjadi guru. Anak murid berjaya.

Keputusan SPM yang keluar baru-baru ini boleh dikatakan mengulang kejayaan aku selepas PMR hari itu. 100% pelajar aku lulus subject Pendidikan Moral, walaupun calonnye hanya lima orang. Tapi sebab aku tahu macam mana prestasi pelajar tu aku rasa memang puas dan berbaloi. Lagipun kalau setakat lima orang tapi tak boleh lulus semua lagi malu kan?

Walaupun hanya lima orang je pelajarnya, tapi masing-masing ada tahap kemampuan sendiri. Seorang menang cemerlang, boleh buat ayat dengan baik, boleh jawab soalan KBKK. Seorang boleh buat ayat tapi lemah dengan soalan KBKK. Sorang lagi pulak tak boleh buat ayat tapi boleh menghafal dengan baik. Sorang lagi pulak memang lemah dan tak boleh buat ayat langsung, tapi masih boleh tulis perkataan kalau aku bantu tak boleh langsung jawab soalan KBKK. Dan yang akhir sekali, adalah yang paling lemah. Tak boleh buat ayat, tak boleh eja perkataan, lemah dalam menghafal, selalu tak datang sekolah, tapi dia ada keinginan untuk belajar. Kunci kejayaan diorang sebenarnya adalah KERAJINAN. Mane-mane student yang rajin, aku jamin diorang memang akan berjaya.

Maka dengan itu, berakhir la khidmat dan bakti aku di SMPK Pulau Pinang. Sekarang khidmat dan bakti dicurahkan pulak untuk students di KL. Paling penting jalankan tanggungjawab dengan baik dan ikhlas. InsyaAllah, Tuhan akan sentiasa membantu.=)

Thursday, March 15, 2012

Cemburu

Rasa cemburu juga melihat kawan-kawan post gambar baby di facebook. =(

Wednesday, March 14, 2012

Becinta

Zaman bercinta memang indah. Aku tiba-tiba merindu zaman aku bercinta dengan suami aku dulu. Walaupun dulu memang banyak halangan tapi semua itu boleh dilalui dengan bahagia. Lagi-lagi waktu nak ditackle. Macam-macam ayat-ayat indah yang keluar. Dari sebelum tidur, sampai bangun tidur, ada je ayat-ayat sweet yang di sms yang boleh buat diri ni tersenyum sorang-sorang la.

Aku masih ingat lagi waktu kalau nak dating. Oleh sebab cinta jarak jauh, so waktu berjumpa pun terhad. Kalau esok tu nak jumpa, malam tu mesti aku tak boleh tidur. Tak taula sebab excited ke apa. Lagu-lagu cinta memang banyak la. Ada je lagu yang akan mengingatkan aku dengan suami. Cara ni jela nak tunjukkan rasa cinta masing-masing.

Tapi lepas kahwin semua dah berubah. Rasa cinta dan sayang tu dah tak diucap lagi guna sms, lagu-lagu. Ianya semua dah diubah kepada perhatian dan fizikal. Itu semua memang fasa perubahan dalam hidup manusia. Kemanisan bercinta tu memang berlainan bila usia kita pun meningkat dan jadi lebih matang. =)

Saturday, March 10, 2012

Seminggu sudah

Semalam genap seminggu pemergian baby. Lumrah manusia, bila benda tu dah takde baru teringat.

Monday, March 5, 2012

Belum Ada Rezeki

Belum ada rezeki. =). Kadang-kadang rasa menyesal sebab tak jaga diri baik-baik. Tapi semua tu mungkin ada hikmahnya. Betul apa yang pernah aku baca. Perempuan akan bertambah sayang pada benda yang buat dia rasa sakit. Macam tu juga aku. Walaupun keguguran tu sungguh menyakitkan, tapi rasa sayang pada 'baby' itu juga cukup menebal. Lagi-lagi bila aku lihat bentuknya yang hampir sempurna itu.Husband tanam baby di belakang rumah. Bila hari hujan aku jadi sayu sebab baby terpaksa berhujan.='(. Semoga semua ini ada hikmahnya..

Tuesday, February 28, 2012

Sindrom

Aku tak tahu la ini sebab pembawakan budak atau apa. Tapi yang pasti sekarang aku telah diserang sindrom kemalasan yang amat sangat. Sindrom kemalasan berlaku di rumah dah juga di sekolah. Kat sekolah tu jangan cerita la..memang selalu sakit hati dengan students.

Aku dah semakin malas nak buat kerja rumah, melayan suami. Melayan suami dalam erti kata nak tunggu dia depan pintu bila dia balik kerja, buatkan air, gorengkan telur even nak berbual pun malas sebab kebanyakan masa aku rasa penat dan mengantuk. Kadang-kadang kesian jugak kat dia tapi nak buat macam mana. Tu belum lagi kerja rumah yang terbengkalai. Nak mengemas rumah memang jauh sekali la. Lagi-lagi aku selalu muntah-muntah bila waktu malam. Jalan penyelesaiannya adalah tidur.

Semangat ke sekolah dan mengajar juga kurang. Ditambah dengan students yang tak memberangsangkan. Lagi la takde mood nak masuk kelas. Tapi sebab memikirkan tanggungjawab kena dijalankan dengan ikhlas dan gaji yang diterima aku gagahi juga. Yang penting tanggungjawab aku selesai. Aku harap keadaan ni tak lama la sebab aku sendiri dah rasa tak best.

Sunday, January 15, 2012

Rezeki (1)

Aku tunggu doktor tu lagi lama dari dia check perut aku. Tiba-tiba kat kaunter.."RM100". Aku pandang Dy, Dy pandang aku. oh ye, doktor tu bagi la sepapan ubat.

Keluar dari klinik, aku cakap kat Dy..'tula, kan dah cakap takde pape..xpasal2 melayang RM100.'

'Takkan datang klinik ni lagi la"jawab Dy dengan pasrah.

p/s: mati-mati aku ingat doktor tu makcik cleaner yang tolong belikan makanan.

Wednesday, January 11, 2012

Rezeki

SMKDIY

Masuk minggu ni dah dua minggu aku 'check-in' di sekolah baru. First time datang meeting memang rasa takut dan janggal. Lagi2 kena bercampur dengan cikgu-cikgu aliran perdana. Kalau dulu SMPKP, sekolah khas sepenuhnya, tapi sekarang aku kena bercampur.

Hari pertama meeting pendidikan Khas, penyelaras aku menasihati kami guru-guru baru ni untuk berwaspada dengan beberapa orang lama di situ. Aku rasa cuak jugak. Tapi ada sorang kwn aku pesan, guru dari SMPKP dah lali dengan apa jua cabaran. Bila aku fikirkan balik, ada betul nya. Kalau dugaan besar dulu aku bole hadapi, takkan yang sekecik tu tak bole kan? So, sekarang aku dah bole biasakan diri iatu dengan menjauhkan diri. Tak bergaul sangat dengan individu itu.

Ok, lupakan cerita tu.

SMKDIY ni jauhlah jugak dari rumah. Kalau dulu 3 minit je aku jalan kaki pegi sekolah, tapi sekarang puluk 530 aku dah kena bangun. Itu pun tak bole lambat sikit. Kalau tak menghadap jammed la jawabnya. Yang paling best sekolah ni ada kantin..hehe..SMPKP takde kantin. kena berebut dengan budak. tapi sekarang tak lagi,

Yang best lagi, waktu pembelajaran yang singkat. Kalau dulu 40 minit, tp sekarang 1 masa hanya 35 minit. dan aku perasan yang jadual mengajar aku lebih pack dari dulu. Ini bermakna waktu senggang untuk cikgu- cikgu juga kurang. Takde plak aku tengok cikgu-cikgu yang dok berkumpul dan bergosip..hehe..

So, aku harap inilah yang terbaik untuk aku. Sebab aku mungkin akan berkhidmat lebih lama kat sini. Dan yang paling penting aku tak nak wujudkan perbalahan macam dulu lagi. Seksa nya..Semua tu dah jadi kenangan. Aku dah mulakan hidup baru dan harap aku lebih bahagia. Amin..=)

Wednesday, January 4, 2012

Tahun Baru

Tahun Baru. Sambut di KL. Bukan di Penang. Tempat kerja baru. Cabaran baru. Post Baru.

The New Hujan Malam.