Wednesday, December 27, 2023

Tinggi

 Sudah beberapa hari tekanan darah aku masih tinggi. Tak tahu apa punca. Aku tak pasti sama ada sebab aku marah-marah menyebabkan darah aku tinggi atau sebab darah aku tinggi sebab tu aku marah-marah. tapi sebenarnya punca utama mungkin sebab gaya hidup dan faktor usia. Sekolah baru ni aku tak banyak berjalan sangat. Kelas pun dekat. Bilik guru ada aircond. Makanan kat kantin sedap. Ada pulak Food Panda. nak makan apa order saja. Jadi aku kena ubah gaya hidup. rasa macam nak parking kereta kat luar pagar sekolah and then jalan masuk pergi PPKI sebagai boleh tahan jauh jugakla nak ke belakang tu. Tapi takut ambik parking orang pulak. Haih.

Hari selasa lepas aku pergi klinik sebab tekanan darah ni la. Macam biasa kena marah la dengan doktor sebab dengan bacaan tekana darah macam tu aku patut dah kena pergi hospital and warded. Tapi biasalah doktor kan. Cakap memang senang. dia tak fikir nak menunggu kat emergency tu berapa lama. Belum lagi masuk ward paling 2,3 hari. Tapi lepas doktor tu tengok aku macam nak nangis and tahu aku kerja apa dia macam slow down sikit. Rupanya mak dia pun cikgu, so dia macam faham la kot.

Jadi, kat klinik aku diberi makan ubat darah tinggi dan disuruh tunggu 30 minit sebelum bacaan seterusnya diambil. Sambil tu aku kena check jantung. Malu la jugak sebab kena selak baju semua. Alhamdulillah, bacaan jantung ok. Lepas tu kena buat appoinment untuk ambik darah hari jumaat ni dan jumpa doktor balik lagi 3 minggu. 

dalam 2 hari ni aku check tekanan masih lagi tinggi. pelik sebab sekarang masih cuti sekolah dan aku tak rasa stress pun. mungkin kurang senaman la kot, Nampaknye aku kena mula gaya hidup sihat. Jangan sangkut kencing manis pulak dah la. huhu

Saturday, December 23, 2023

Datang

 Perkara yang agak merisaukan aku dah terjadi. Ariana dah datang bulan. So far, bila aku ajar pakai pad dia macam faham, tapi dia tak tahu lagi cuci. Mungkin kat sekolah cikgu nya ada ajar. Tapi aku masih tak tahu bila dah mula sekolah nanti aku patut cutikan dia atau macam mana. Harap-harap semua urusan Ariana dipermudahkan. Amin. Dah besar dah Ariana..huhu

Thursday, December 7, 2023

Darah Tinggi

 Kali terakhir aku check yang darah aku tinggi adalah masa aku baru pindah sekolah dari Penang ke KL. Masa tu aku agak kejutan budaya bila pindah dari sekolah khas ke PPKI. Fasiliti dan budak buat aku stress dan darah aku tinggi.

Dan semalam aku pergi klinik check sebab kebetulan semalam aku memang nak ambik MC. Seperti yang dijangka darah aku tinggi dan doktor pun bagi ubat darah tinggi yang kena makan setiap hari selama seminggu.\

Sebenarnya aku dah jangkakan juga cuma malas nak confirmkan. Pindah sekolah baru ni mungkin yang menstresskan adalah nak handle budak-budak. Nak kata penat drive sekolah dah dekat dan tak ada traffic jammed. Pemakanan pun sama juga. Makan pun tak jaga, main bedal je sampai perut pun dah macam mengandung 6 bulan.

Simptom yang paling ketara adalah tangan aku kebas-kebas. Baru-baru ni rasa kebas dan sakit ibu jari. Sekarang pun masih sakit lagi. 

Harap-harap lepas seminggu nanti oklah balik kalau tak rasanya kena makan ubat darah tinggi tu seumur hidup..huhu.

Friday, December 1, 2023

Hari Kanak-Kanak

 



Hari ini Ariana ada sambutan Hari Kanak-Kanak. Aku belikan dia baju nurse. Beli dekat Shoppe. Nasib Ariana nak pakai. Tapi bila tengok gambar ramailah pulak yang jadi doktor. Tapi tak apa lah yang penting Ariana happy. Ariana pun dah 10 tahun. Tak sangka. Semoga Ariana jadi anak yang baik dan terus menggembirakan hati Mama dan Babah.