Wednesday, December 27, 2023

Tinggi

 Sudah beberapa hari tekanan darah aku masih tinggi. Tak tahu apa punca. Aku tak pasti sama ada sebab aku marah-marah menyebabkan darah aku tinggi atau sebab darah aku tinggi sebab tu aku marah-marah. tapi sebenarnya punca utama mungkin sebab gaya hidup dan faktor usia. Sekolah baru ni aku tak banyak berjalan sangat. Kelas pun dekat. Bilik guru ada aircond. Makanan kat kantin sedap. Ada pulak Food Panda. nak makan apa order saja. Jadi aku kena ubah gaya hidup. rasa macam nak parking kereta kat luar pagar sekolah and then jalan masuk pergi PPKI sebagai boleh tahan jauh jugakla nak ke belakang tu. Tapi takut ambik parking orang pulak. Haih.

Hari selasa lepas aku pergi klinik sebab tekanan darah ni la. Macam biasa kena marah la dengan doktor sebab dengan bacaan tekana darah macam tu aku patut dah kena pergi hospital and warded. Tapi biasalah doktor kan. Cakap memang senang. dia tak fikir nak menunggu kat emergency tu berapa lama. Belum lagi masuk ward paling 2,3 hari. Tapi lepas doktor tu tengok aku macam nak nangis and tahu aku kerja apa dia macam slow down sikit. Rupanya mak dia pun cikgu, so dia macam faham la kot.

Jadi, kat klinik aku diberi makan ubat darah tinggi dan disuruh tunggu 30 minit sebelum bacaan seterusnya diambil. Sambil tu aku kena check jantung. Malu la jugak sebab kena selak baju semua. Alhamdulillah, bacaan jantung ok. Lepas tu kena buat appoinment untuk ambik darah hari jumaat ni dan jumpa doktor balik lagi 3 minggu. 

dalam 2 hari ni aku check tekanan masih lagi tinggi. pelik sebab sekarang masih cuti sekolah dan aku tak rasa stress pun. mungkin kurang senaman la kot, Nampaknye aku kena mula gaya hidup sihat. Jangan sangkut kencing manis pulak dah la. huhu

Saturday, December 23, 2023

Datang

 Perkara yang agak merisaukan aku dah terjadi. Ariana dah datang bulan. So far, bila aku ajar pakai pad dia macam faham, tapi dia tak tahu lagi cuci. Mungkin kat sekolah cikgu nya ada ajar. Tapi aku masih tak tahu bila dah mula sekolah nanti aku patut cutikan dia atau macam mana. Harap-harap semua urusan Ariana dipermudahkan. Amin. Dah besar dah Ariana..huhu

Thursday, December 7, 2023

Darah Tinggi

 Kali terakhir aku check yang darah aku tinggi adalah masa aku baru pindah sekolah dari Penang ke KL. Masa tu aku agak kejutan budaya bila pindah dari sekolah khas ke PPKI. Fasiliti dan budak buat aku stress dan darah aku tinggi.

Dan semalam aku pergi klinik check sebab kebetulan semalam aku memang nak ambik MC. Seperti yang dijangka darah aku tinggi dan doktor pun bagi ubat darah tinggi yang kena makan setiap hari selama seminggu.\

Sebenarnya aku dah jangkakan juga cuma malas nak confirmkan. Pindah sekolah baru ni mungkin yang menstresskan adalah nak handle budak-budak. Nak kata penat drive sekolah dah dekat dan tak ada traffic jammed. Pemakanan pun sama juga. Makan pun tak jaga, main bedal je sampai perut pun dah macam mengandung 6 bulan.

Simptom yang paling ketara adalah tangan aku kebas-kebas. Baru-baru ni rasa kebas dan sakit ibu jari. Sekarang pun masih sakit lagi. 

Harap-harap lepas seminggu nanti oklah balik kalau tak rasanya kena makan ubat darah tinggi tu seumur hidup..huhu.

Friday, December 1, 2023

Hari Kanak-Kanak

 



Hari ini Ariana ada sambutan Hari Kanak-Kanak. Aku belikan dia baju nurse. Beli dekat Shoppe. Nasib Ariana nak pakai. Tapi bila tengok gambar ramailah pulak yang jadi doktor. Tapi tak apa lah yang penting Ariana happy. Ariana pun dah 10 tahun. Tak sangka. Semoga Ariana jadi anak yang baik dan terus menggembirakan hati Mama dan Babah.

Wednesday, November 15, 2023

Gadis Kretek


 Sudah lama rasanya tak menonton cerita-cerita di Netflix. Satu sebab kena berebut dengan anak-anak dan tak fokus nak menonton. Tapi cuti empat hari tu adalah kesempatan nak tengok yang ada beberapa TikTokers review kata best. Gadis Kretek. Memang padu cerita ni. Tengok sorang-sorang memang mengalir air mata. 


Scene ini antara yang memberikan kesan. Selain tu OST cerita ni pun best. Pendek kata memang cerita yang berbaloi untuk ditonton. Terisi jugak lah cuti empat hari tu. 



MOVE ON

 Rasanya dah banyak kali aku cakap move on tapi tak move on move on. Cuma semalam aku terfikir yang aku patut berhenti bertanya khabar dengan orang. Mungkin aku sejenis orang yang menghargai persahabatan atau menghargai orang yang ada dalam circle aku. Tapi lama-lama aku perasan, hanya aku, ya, hanya aku yang biasanya akan bertanya khabar dengan kawan-kawan atau rakan sekerja lama. Mereka jarang atau dalam erti kata lain tak pernah pun bertanya khabar tentang aku. Kalau ada pun orang yang bertanya khabar tentang aku adalah Mak atau Kak Yah. Jadi, mengapa harus aku.

    Memandangkan 2023 pun dah nak berakhir dan mungkin nama dan kenangan aku bersama mereka akan pudar, baiklah aku mengundur diri. Tak perlu lagi untuk bertanya khabar, mengambil tahu dan biarlah mereka menjadi kenangan dan pengajaran dalam hidup aku selama ini.

    Mungkin aku masih belum membiasakan diri dengan suasana baru walaupun sudah hampir 8 bulan, tapi sebenarnya ianya lebih tenang. Walaupun di hati ada terdetik rasa rindu tapi ya..aku perlu move on. 

Sunday, August 13, 2023

PRN

 Jarang aku beremosi bila bab-bab politik ni. Tapi mungkin sejak Anwar jadi PMX aku jadi emosi. Atau pun seiring dengan usia. Tak pasal-pasal aku menyampuk perbualan walaun dalam group whatsap sekolah sebab aku dah tak tahan. Bukan orang Selangor tapi sibuk-sibuk nak menangkan PN. Dah lah aku memang anti orang negeri tu. Tu antara walaun yang duduk negeri PH balik undi PAS. Geram je rasa.

Tapi lantaklah. Aku hidup bukan sebab pandangan orang pun. Nasib baik dah pindah dah orangnya. Jadi, sekarang move on jelah. Sekurang-kurangnya aku sempat tengok Anwar jadi PMX. Lagi 5 tahun tak tahu aku masih hidup ke tak. so Let's Move On. 

Selamat Hari jadi

 


Hari ini umur aku dah 39 tahun. Setiap tahun bila tiba birthday sebenarnya aku tak pernah rasa happy. Memang kawan-kawan, family wish tapi entah kenapa aku masih rasa kosong. Mungkin sebab kadang-kadang aku saja yang beria. Aku saja yang plan birthday sendiri. Tak kan semua nak kena beritahu. Kalau beritahu pun tak buat. Kalau tanya pun apa aku nak last-last tak buat pun. 

Kadang-kadang aku rasa nak balas balik apa yang aku rasa. Tapi tulah tak sampai hati. Mungkin sebab sayang, mungkin sebab kesian. Entah. Jadi sebenarnya aku dah tak suka bila masuk bulan Ogos dan 13 hari bulan. Rasa macam nak skip atau buang 13 hari bulan tu dari kalendar. Macam tahun lompat. 4 tahun sekali.

Cuma aku harap bila Gibran dah besar nanti dia tahu menghargai aku sebagai emaknya dan isterinya. Selamat hari lahir, Noorziana.

Wednesday, June 28, 2023

Baru


    Ini kawan-kawan di sekolah baru aku. Alhamdulillah..aku rasa aku dah boleh adapt dan serasi dengan mereka. Boleh katakan yang cikgu-cikgu dan PPM kat sini baik-baik. Kebanyakan diorang kat sini pun kurus-kurus. 

    Betullah orang kata. Tak kenal maka tak cinta. Dulu sebelum masuk program Masalah Pembelajaran ni macam-macam yang aku dengar. Budak trantrum la, budak tak boleh urus diri la. Tapi bila dah masuk dalam dunia LD ianya taklah seteruk yang disangka. Cikgu-cikgu dia pun bagus-bagus dan rajin. Tak ada yang culas kerja. Masing-masing menunjukkan komitmen terhadap tugas masing-masing. PPM pun rajin dan pandai jaga budak.

    Murid kat sini pun ramai yang nak belajar. Ada lah beberapa orang yang malas atau tak minat belajar tapi ikut mood juga. Tapi so far aku rasa oklah pindah sekolah ni. Bila dengar cerita Kak Ida aku rasa suasana tempat lama dah tak seronok. 

    Banyak benda baru yang aku belajar bila masuk sekolah ni. Aku harap aku dapat apply benda-benda tu kat Ariana.
 

Selamat Hari Raya Aidiladha Dan Hobi Baru

 Aku rasa nak buat hobi baru iaitu mewarna. Oleh sebab aku tak pandai melukis, jadi aku decide nak jadikan mewarna sebagai hobi baru. Sebelum ni aku habiskan masa lapang dengan membaca dan tengok movie, tapi aku rasa dua benda tu memerlukan masa dan fokus. Jadi, ianya agak susah nak dibuat sekarang sebab tak jumpa novel yang betul-betul menarik dan kena berebut TV dengan Ariana dan Gibran. Boleh juga tengok movie kat handphone tapi macam tak seronok pulak bila terpaksa menghadap phone selalu depan Ariana dan Gibran. 

    Jadi, aku harap hobi mewarna ni boleh distract aku dari tengok Tik Tok dan media sosial yang lain. Tapi hobi ni hanya akan bermula bulan depan sebab aku belum beli lagi magic colour. Ya, aku akan gunakan magic colour, bukan water colour atau pencil colour. Sebab aku terpengaruh ada orang jual warna tu kat Tik Tok Shop. 

Tuesday, June 20, 2023

Selamat Hari Bapa.


 Tadi kat sekolah ada parents datang sebab anak dia ada buat hal kat sekolah, tantrum. Bila dengar gaya ayah dia cakap, aku bersyukur dapat Dy jadi suami.Happy Father's Day, Dy. 

Memandangkan umur pun dah nak masuk 40 tahun, aku rasa biarlah aku menghargai orang-orang yang ada di sekeliling aku. Walaupun orang tak menghargai aku sebab mungkin memang itu cara mereka, tapi biarlah aku menjadi penyebab untuk mereka gembira. Harap-harap dengan cara ni, aku sendiri yang happy dan tak mengharapkan penghargaan dari orang lagi. 

Wednesday, April 19, 2023

Ramadan 2023

 Assalamualaikum...

Lama gila dah menulis blog. Bukan apa, aku tak suka nak ingat benda-benda yang terjadi dalam hidup aku. Last aku post kat blog ni pun 6 tahun lepas. Sepanjang 6 tahun tu macam-macam dah berlaku. dari aku single sekarang aku dah ada anak 2. Anak aku yang nombor 2 bernama Gibran.

Gibran juga ada kisah sedihnya, tapi tak pelah..semua tu dah berlalu dan Gibran pun Alhamdulillah dah sihat. Aku akhirnya dapat pindah ke sekolah baru. Walaupun blog ni tak tahu hujung pangkal, aku tahu tahu dan dapat pindah. Cuma lately aku rasa yang aku cepat marah. Dan tadi aku rasa aku tahu apa sebabnya. 

Aku masih lagi terikat dengan sekolah lama. Masih nak tahu apa yang diorang buat dan aku nak tunjuk apa yang aku buat kat sekolah baru ni. Walaupun pada hakikatnya, dua-dua pun takde buat aku happy kecuali sekolah baru ni dekat berbanding dulu. Aku rasa aku patut hentikn sikap untuk impress dah menunjuk-nunjuk pada orang lain. Mereka semua dah jadi kenangan. 

Ramadan tahun ini pun aku sia-siakan macam tahun-tahun sebelum ni. Padahal pernah pada 1 tahap aku aku bangun awal, tahajud, solat dhuha dan mengaji. tapi entah kenapa aku kembali ke perangai lama walaupun Allah dah makbulkan doa aku..Astaghfirullah..

Macam biasa, aku selalu gagal dalam persahabatan. Yang terbaru dengan kawan seuniversiti. Aku anggap dia kawan baik, tapi rupanya aku silap. Dia tak pernah menganggap aku macam tu. Aku tak tahu mana silapnya. Mungkin aku atau dia. Mungkin juga dia cemburu dengan aku atau aku cemburu dengan dia. Tapi yang pasti kami bukan lagi kawan. Kami dah jadi stanger. Aku juga patut buang dia dari senarai kenalan aku.Dan kawan-kawan yang lain juga. Mereka dulu hanya kawan sekerja dan kini bila aku dah berpindah mereka bukan lagi siapa-siapa. 

Mungkin aku pun mereka dah lupa. Begitu juga anak murid yang lama. Apa lagi yang aku harapkan dengan generasi Z. Apakah mereka masih ada nilai menghargai? Apatah lagi mereka murid-murid khas yang kurang perasaan. Aku patut redhakan sahaja. Aku patut delete nombor-nombor lama dan tak perlu lagi melihat status whatsap mereka. 

Mungkin aku nampak macam psiko tapi tulah hakikatnya. aku pun tak tahu aku nak impress siapa sebenarnya. Nak orang puji ke? nak menunjuk ke? aku pun tak tahu. Cuma yang aku tahu aku sekarang rasa serba tak kena. Kesian juga Dy selalu kena marah..tapi entah..aku sampai satu tahap aku tak boleh orang persoal apa aku buat. Kondem, tegur. sebab aku penat. 

Mungkin penat sebab terlalu mengharap pujian manusia. tanpa aku sedar yang perlu aku impresskan adalah ibadat aku kepada Allah.