Tuesday, June 16, 2026

Salam Maal Hijrah

 


Lepas Abah tak ada, aku ambil keputusan untuk jual Myvi ni. Benda yang aku beli lepas Honda Wave bila aku dapat gaji yang pertama. Ada beberapa kisah di sebalik kereta ini. Aku beli kereta ni lepas aku frust mak bayar sikit je duit yang dia pinjam untuk kenduri kahwin kakak aku. Aku rasa sampai sekarang kakak aku tak tahu yang dia kahwin pakai duit aku. Dan aku rasa mak pun tak ingat. Aku pun nekad beli kereta ni. Yang buat aku bengang juga, kakak aku boleh kata "jimat-jimat pakai duit tu" bila aku kata aku dah beli kereta. 

Tapi aku tak sedar rupanya ada kisah yang menanti lepas aku beli kereta ni. Rupanya Abah memang mengharapkan sebuah kereta. Kalau aku tahu aku belikan kereta yang lebih murah untuk dia pakai harian. Aku rasa selama aku bayar 10 tahun kereta ni, tak sampai sepuluh kali aku pakai. Bila aku nak pakai Abah akan marah-marah dan cepat-cepat nak suruh balik. Padahal masa tu aku kat Penang dan sekali sekala je balik. 

Apa yang paling menghancurkan hati aku adalah bila Abah kata nak bakar kereta ni bila aku cadangkan aku nak belikan dia van dan kereta ni aku nak ambil. Rupanya benda tu buatkan dia sangat marah dan kata nak bakar kereta tu. Sejak hari tu, aku tak ambil tahu langsung apa jadi dengan kereta tu. Roadtax pun aku tak bayar.

Lagi yang menyedihkan, satu hari aku nak balik Penang, aku nak suruh orang hantar ke Klang Sentral je, tapi mak suruh Abang Fahmi sedangkan masa tu Abah dan kereta tu ada kat rumah. Aku menangis masa tu, rasa sedih sangat-sangat. Apa yang lagi memedihkan, kereta tu Abah buat hantar dan ambil kakak aku pergi dan balik sekolah. Sedangkan nak hantar aku kat stesen bas pun dia tak nak. 

Jadi, lepas Abah tak ada, aku nekad nak jual kereta tu. Selama ni yang pakai pun kakak aku sedangkan dia mampu je beli kereta lain kalau dia nak. Biarlah apa diorang nak fikir sebab selama ni aku memang dah lama bersabar. Aku pun tak tahu apa yang ada dalam fikiran Abah. Masa dia ada pun dia tak cakap apa-apa pasal kereta tu, tapi tak apalah Abah pun dah tak ada. Biarlah apa yang berlaku menjadi satu kenangan dalam perjalanan cerita hidup aku. Bila aku borak dengan Mak, mak pun tak ingat yang aku pernah hidup sendiri di Penang. Mungkin sebab tu Mak dan Abah tak rasa apa-apa tentang aku. 

Dan mungkin sebab tu aku dah biasa berdikari dan sendiri. Memujuk hati sendiri kalau rasa sedih. Tak sangka rupanya Myvi tu dah 18 tahun. Dan selama itulah setiap kali tengok Myvi tu aku mesti teringat kejadian tu. Kalaupun cerita pada orang rasa sakitnya tak akan sama. Semoga bila dah terjual luka tu terubat dan cerita itu tamat di sini. Semoga arwah Abah tenang di sana. Aaminn..

Sunday, May 3, 2026

Adapt

 Akhirnya aku dapat pindah ke sekolah yang dekat dengan rumah. Tapi macam biasa, bila masuk sekolah baru, suasana baru yang susah nak adapt. Dari sekolah terbilang ke sekolah kampung. Mula-mula aku rasa frust sebab kelas PPKI nya daif, tapi entahlah, PPKI kat mana-mana pun sama. 

Cikgu-cikgu ramai yang muda-muda. Tapi ada sorang cikgu yang aku tak berapa minat sangat caranya. Aku dapat rasakan masing-masing kat situ kerja dalam suasana yang toksik. Walaupun aku pernah kerja dalam suasana yang macam tu tapi sebenarnya susah nak adapt, lagi-lagi kalau kita jenis malas melawan. Aku pun tak suka style orang perli-perli. Kalau ada yang tak kena cakap je baik-baik. 

Susah juga kita nak ubah budaya yang memang ada. Aku tengok cikgunya rajin-rajin jugak. Aku sekarang pergi sekolah baca ayat kursi dan 3 qul sebagai pendinding diri sebab aku rasa ini lah sekolah terakhir sebab dah takde sekolah yang lagi dekat dengan ni. Semoga segala urusan aku dipermudah dan dilindungi Allah selalu. 

Abah dah takde...

 Dah sebulan lebih abah pergi ke negeri abadi. Tak sangka apa yang selalu bualkan dengan Teah akhirnya jadi kenyataan. Bermula dengan jatuh di bilik dan akhirnya Abah menghembuskan nafas terakhir di katil hospital. Aku dan adik beradik lain ada peluang untuk jaga Abah kat hospital, walaupun kejap tapi tulah khidmat terakhir aku sebagai anak. Sedih tapi redha. Sampai satu masa yang ada pasti akan pergi. Alhamdulillah..urusan Abah dipermudah dan orang yang mandikan Abah kata urusan mandikan Abah mudah. Mungkin ada doa-doa yang dimakbulkan Allah. 



Gambar ni masa aku jaga Abah kat hospital. Masa ni Abah boleh cakap lagi dan tanya aku "Hari ni tak sekolah?" Aku jawab, "Cuti". Lepas tu, keadaan Abah makin merosot dan akhirnya pergi meninggalkan kitorang semua. Rindu yang tak berkesudahan...Damailah Abah di sana. Semoga roh Abah sentiasa dicucuri rahmat Allah. Saya minta maaf kalau selama ni tak menjadi anak yang baik. Saya harap Abah ampunkan segala dosa saya dan halalkan makan dan minum saya. Semoga kita kan berjumpa di syurga nanti. 😔

Thursday, January 1, 2026

Selamat Tinggal 2025, Selamat Datang 2026.

 Hari ini dah masuk tahun 2026. Ada beberapa benda yang terjadi. Pertama Ariana dah habis sekolah rendah. Ariana dah graduasi. 





Antara gambar kenangan Ariana masa Hari Graduasi hari tu. Aku saja pergi walaupun tahu setakat mana pencapaian Ariana, tapi aku tahu moment-moment macam ni tak akan dapat diulang semula. Tahun 2026 Ariana dah masuk sekolah menengah. Ironinya, plan aku nak sekolah kan Ariana kat Saujana tak kesampaian sebabnya tanpa disangka aku dapat pindah ke SMK Meru. Memang aku mintak pindahh tapi tak sangka secepat ini. Aku baru tiga tahun kat Saujana. Mintak tukar sekali terus dapat. Tak tahu nak happy atau nak sedih tapi Alhamdulillah...Allah menjawab doa aku tahun ni. 

Tapi..walaupun hanya tiga tahun kat Saujana..entah kenapa aku rasa sedih gila. Mungkin tak bersedia atau faktor umur yang mula touching. Ingat lagi aku tulis beberapa post pasal Si Jengkel, sekarang au dah tinggalkan dia. Rata-rata cikgu-cikgu PPKI sedih bila aku pindah, diorang rasa kehilangan besar bila aku pindah. Aku tak pasti apa yang aku buat sampai diorang boleh rasa macam tu. Yang penting Allah telah tutup aib aku yang menyebabkan aku disenangi, kot? Tapi Alhamdulillah kalau betul diorang sayangkan aku. Tak jangka dengan majlis dari PPKI, dari KGK dan segala macam hadiah yang aku terima. Serius terharu. 😭😭😭



Tempat aku mengenali program masalah pembelajaran. Bila aku masuk PPKI Sutama aku macam cikgu baru, Banyak benda baru yang aku belajar untuk mengajar. Allah beri aku peluang selama 3 tahun je, bila aku dah mula rasa selesa, Allah kata, cukup. Tempatmu bukan di sini sebenarnya. Ya, kebanyakan cikgu-cikgu dan PPM semua rumah dekat dengan sekolah. ada yang 5 ke 110 minit je ke sekolah. Tapi aku hampir 30 minit pergi sekolah. 






Aku berdamai dengan takdir dan menerima apa yang Allah dah aturkan untuk aku. Semoga tahun 2026 menjadi tahun yang terbaik untuk aku, Ariana dan Gibran. Aaaminn....