Sunday, October 7, 2012

Tekanan

Baru-baru ni tekanan darah aku tinggi. Patutla sejak kebelakangan ni aku selalu sakit kepala dan senang marah. Ada satu hari tu aku tak mampu nak kawal emosi aku baling cawan sampai pecah. Jadi, aku pun mengambil keputusan untuk check darah dan memang betul tekanan darah aku tinggi. Doktor bagi ubat migrain.

Tak sangka pulak aku kena tekanan darah tinggi. Mungkin stress, mungkin banyak kerja, mungkin sebab gemuk (macam mak aku cakap) mungkin kedua-duanya. Tapi alhamdulillah..sekarang tekanan darah dah normal balik. Aku pun dah amik inisiatif tak nak marah-marah lagi sebab aku pun yang penat. Students aku bukan kisah pun.

Ada kawan cakap jangan stress dan fikir sangat pasal anak. Ada rezeki nanti adalah. Tapi, macam mana la tak stress kalau tiap-tiap hari aku akan dengar kawan-kawan aku cerita pasal anak dia. Pasal anak dia main tu la, makan ni la, pakai baju ni la, bangun tengah malam la..kalau korang la, korang tak stress ke? Kadang-kadang aku terfikir yang diorang ni tak ada rasa simpati ke, at least rasa kasihan la..kalau nak cerita pun
tunggu la aku tak de ke..sebenarnya aku cuba la berlagak tak pape..tapi sebenanrnya memang tak boleh.

Sebabnya aku sendiri memang tak akan buat benda macam tu. Macam dulu kat universiti. Kebanyakan kawan-kawan aku belum ada boyfriend. Dan aku tak akan cerita pasal boyfriend saja-saja (walaupun ada kawan aku buat, siap tunjuk gambar dan puji BF dia tu hensem) kecuali kalau diorang tanya. Sebabnya aku faham perasaannya. Bukan semua orang suka apa yang kita cerita. So, aku mengharapkan orang di sekeliling aku juga berfikiran macam aku..tapi tak.

Mujurlah ada kawan aku W, yang mampu beri aku kekuatan. Betul juga orang kata kalau kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita. W ni pernah mengalami waktu-waktu kemurungan dan sedih macam apa yang aku lalui sekarang. Waktu tu akula jadi tempat dia mengadu. Sampai kadang-kadang aku pun tak tahu apa nasihat lagi. Dan sekarang dia dah ada kehidupan yang gembira. Dia juga yang bagi aku kata-kata semangat untuk aku teruskan hidup. Walaupun dia tak ada kat sini tapi aku tetap anggap dia bestfriend aku. Aku doakan dia akan bahagia selalu.

Sebenarnya, kehidupan aku lebih baik dari orang-orang lain. Dah banyak kali aku ingatkan diri aku tentang itu. Sekurang-kurangnya aku pernah mengandung, aku ada suami, ada kerja, ada kereta, ada gaji yang cukup, tubuh badan yang sempurna..cumanya aku kena lebih berdoa, bersyukur dan redha dengan apa yang dah ditetapkan oleh Allah. Dah banyak hikmah yang Allah bagi untuk aku. Aku patut percaya pada-Nya. Belajar bersabar dan jadi orang, isteri, anak yang lebih sempurna.

3 comments:

butterfly said...

Hati kita akan rasa sejuk sikit bila memikirkan kelebihan dan kurniaan Tuhan pada kita....Di sebalik kesukaran yang Dia beri, Dia tetap beri kita kesenangan....Cuma Dia mahu kita berlatih untuk menjadi insan yang lebih kuat...Dia mahu kita sedar bahawa ada lagi insan yang menjalani kehidupan yang lebih sukar dari kita...

butterfly said...

Hati kita akan rasa sejuk sikit bila memikirkan kelebihan dan kurniaan Tuhan pada kita....Di sebalik kesukaran yang Dia beri, Dia tetap beri kita kesenangan....Cuma Dia mahu kita berlatih untuk menjadi insan yang lebih kuat...Dia mahu kita sedar bahawa ada lagi insan yang menjalani kehidupan yang lebih sukar dari kita...

Hujan Malam said...

Thank u butterfly..terharu sangat..memang betul pin..yg pntg kena kuat..:)