Saturday, December 22, 2012

Tak sama

Apa yang fikirkan tak akan sama dengan apa yang orang lain fikirkan. Itu memang pasti. Jadi yang aku harapkan beritahu. Beritahu apa yang kau mahu dan tidak mahu. Sejujurnya aku masih belum mampu memahami. Adakah dia juga hipokrit macam orang lain? Niat baik kita tak semua orang sudi terima. Mungkin aku patut fikir untuk diri sendiri berbanding orang lain. Walaupun dia. Tapi aku sanggup buat apa saja demi cinta dan persahabatan. Tapi itu semua yang bakal kecewakan aku. Mungkin aku patut fikirkan kebahagiaan aku sendiri.

Aku patut lebih berdikari macam dulu. Jadi kuat macam dulu. Sedih dan bahagia sendiri. Mungkin perkahwinan hanya satu tiket untuk bersama secara halal dan kita masih lagi sendiri. Tiada lagi istilah berkongsi hidup sebab akhirnya kita sendiri meneruskan hayat ini. Membuat apa jua keputusan sendiri. Mungkin walau sudah berkahwin masih mengamalkan 'aku hidup aku, kau hidup kau. kau buat apa yang kau suka, aku buat apa yang aku suka." . Macam duduk dengan teman serumah tapi berlainan jantina. Mungkin aku fikir macam tu. Dalam masa yang sama tak lupakan tanggungjawab.

Dulu pun aku ada teman serumah, tapi aku buat semua sendiri. Bercerita hanya untuk tanya pendapat dan akhirnya keputusan terletak di tangan aku. Mungkin aku patut praktikkan itu balik.

2 comments:

amataresu said...

komunikasi ialah kunci utama dalam semua jenis perhubungan..kita tak boleh scan apa yang ada dalam hati@fikiran orang lain. Maka komunikasi lisan@bukan lisan adalah jalan utama untuk saling memahami. Pengalaman hidup mengajar kita bahawa amalan memendam rupanya tidak begitu memberi kebaikan. Yang penting adalah cara penyampaian semasa berkomunikasi, insyaallah dapat memahami apa saja situasi

Hujan Malam said...

amataresu
Tula..banyak yang perlu dipelajari lagi..hope tahun baru lebih bahagia. :-)