Saturday, August 3, 2024

Takdir

 

Beberapa hari lepas aku ada tengok video seorang ustaz ni. Dia kata perjalanan hidup kita ni dah ditakdirkan oleh Allah. Aku juga pernah dengar kalau kita mengalami De Javu, itu adalah sebenarnya perjalanan hidup kita yang telah ditunjukkan sebelum kita lahir ke dunia.

Tadi aku pergi ambil report card Gibran. Macam biasa Gibran masih banyak yang belum dicapai berbanding kawan-kawannya. Walaupun aku rasa banyak perkembangan Gibran namun ia
masih terlalu lambat.

Aku tanya pada Dy, adakah Gibran akan jadi macam Ariana. Dy kata dia dah boleh agak. Mungkin kesan pembedahan masa kecil yang buat Gibran macam tu. Dy macam biasa tenang. Tapi aku? Entah..hati mak mana yang tak sedih kalau anaknya tak normal tapi siapa aku yang ingin menidakkkan takdir Allah dalam mengatur kehidupan aku. 

Mungkin dalam perjalanan aku sebagai ibu, takdir aku tidak seindah orang lain. Aku keguguran tiga kali dan 1 anak istimewa dan 1 anak yang lambat perkembangannya. Aku pernah baca, ada orang kata anak normal menyenangkan kita di dunia, anak istimewa memudahkan kita di akhirat. Mudah-mudahan itu yang berlaku pada aku dan Dy. 

Kalaulah Gibran macam Ariana, aku kena berlapang dada dan menerima takdir yang Allah dah aturkan untuk aku. Allah sebaik-baik Perancang. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

No comments: