Friday, January 25, 2013

Hipokrit

Selain benci menunggu, aku juga benci orang hipokrit. Kadang-kadang aku rasa aku lebih suka orang yang mulut laser berbanding orang yang pura-pura baik ni. Aku ingat aku dah tak jumpa la orang macam ni lagi, rupanya ada jugak. Lebih teruk orang tu pentadbir sekolah.

Program khas kat sekolah aku dah mendapat iklim yang baru. Yang lebih baik dari dulu. Sampaikan aku tak sanggup ingat kejadian dulu yang aku anggap macam mimpi ngeri. Tapi, macam biasala, kalau kita gaduh orang suka, kalau kita gembira orang tak suka pulak. Kalau dulu diorang boleh jadikan ketidaksefahaman antara guru pend khas sebagai satu bahan untuk diceritakan, tapi sekarang sebab dah tak ada benda yang nak dijadikan cerita, benda remeh macam guru pend khas tak makan di kantin dijadikan bahan sensasi. Pentadbir tu cakap cikgu pend khas ni tak bergaul la, apela. Padahal, kitorang ni la yang terhegeh-hegeh senyum kat cikgu-cikgu normal walaupun kadang-kadang tak berbalas.

Aku memang menyampah gila dengan pentadbir tu. Gila hipokrit!! Aku rasa aku ada kebolehan untuk menilai orang sebab first time aku tengok dia dan tengok gaya dia bercakap aku dah tak berkenan. Nampak sangat hipokrit. Aku ni dahla tak pandai berpura-pura. Kalau tak suka memang tunjuk la. Nasib la dia tu.!

2 comments:

amataresu said...

dok integrasi mmg mcm tu..diorg pandang sebelah mata je kt kita...klu dok kt LD lg teruk. disamakn mcm pengasuh je..

Hujan Malam said...

tula pasal..geram betul..nampak sgt otak diorang tu sempit