Sunday, September 1, 2013

Penghijrahan

Kita memang perlu berhijrah untuk memperbaiki diri dan menimba pengalaman yang baru. Tahun ni masuk dua tahun aku di sekolah baru. Dalam masa dua tahun ni banyak la jugak pengalaman yang aku dapat. Mungkin tahun depan cabaran lain pulak yang akan aku tempuh.

Tahun ni kawan baik aku dapat pindah ke sekolah yang sama. Aku bersyukur jugak dia dapat pindah ke sini sebab aku ada kawan yang aku boleh share everything. Dia memang kawan susah dan senang. Time aku down dia la yang mendengar walaupun waktu tu kitorang jauh. Waktu dia down pulak aku la tempat dia mengadu. Dan aku bersyukur jugak sebab akhirnya dia jumpa orang yang terbaik untuk dia.

Berbalik pada isu kat tempat kerja, sekolah integrasi ni cabaran nya memang lain. Aku dapat rasakan juga yang budak-budak KL ni sangat berlainan dengan budak Penang. Tak tahulah kalau budak Penang ni duduk asrama atau apa. Tapi aku rasa budak Penang lebih independent. Atau sebenarnya JPN KL ni tak seaktif JPN Penang yang ada macam-macam program untuk budak pekak. Jangan kata budak pekak, selama aku ada kat KL ni aku tak pernah dengar ada kursus peningkatan profesionalisme guru pendididikan khas. Mungkin ni salah satu sebab kenapa hasil nya macam tu.

Terus terang aku cakap, fasiliti di sekolah integrasi memang sangat daif. Macam tak pernah ada orang dari jabatan yang ambik tau. Budak pekak ni sumber utama diorang adalah visual. Tu semua teori yang aku belajar kat U dulu. Tapi realiti di sekolah, hampeh! Cuma di Penang dulu aku dapat merasakan kemudahan macam tu. Masuk kelas bawak pendrive je. Rajin dengan tak rajin je nak buat power point. Tapi kat sini, cikgu-cikgu kena habiskan masa menyalin nota kat papan hitam. Agak-agak korang budak faham ke tulisan yang banyak-banyak tu. Aku sendiri pun bosan. Aku rasa tu la faktor kenapa budak-budak kat sini lemah.

Allah tu memang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Aku baru sedar kenapa Allah hantar aku posting kat Penang tu. Banyak benda yang aku belajar walaupun aku hanya mengajar kat sana 5 tahun. Pengalaman 5 tahun tu la yang membuat aku tahu cara nak mengajar budak khas ni. Walaupun bukan cara yang betul sepenuhnya, tapi untuk membantu diorang lulus tu boleh la. Terus-terang aku cakap sek Penang tu cikgu dia memang bagus2. Banyak pengalaman. Susah nak jumpa kat sekolah integrasi. Tapi kadang-kadang sikap diorang yang buat aku tak tahan. Tapi takpelah dah lepas pun. hehe

Kebanyakkan cikgu kat sek sini adalah cikgu-cikgu baru yang tak ada pengalaman. Kalau ada yang lama pun tak mahir isyarat. Jadi korang boleh bayangkan tak, mengajar tapi tak pandai isyarat. Macam mana budak nak faham. Ada yang datang dari sek integrasi jugak. Jadi same je la dengan sekolah sekarang. Aku nak share pengalaman dan pengetahuan tu boleh, tapi takut dituduh tunjuk pandai pulak. Aku adalah share2 jugak, tapi setakat tu jela..yang lain harap diorang boleh belajar sendiri.

Aku harap tahun depan aku punya semangat yang baru dengan adanya BB dan baby..hehe =)

No comments: