Wednesday, November 20, 2024

RAKAN SEKERJA

Betul apa orang kata, rakan sekerja tak boleh dijadikan sahabat atau kawan. Sekadar kawan di tempat di tempat kerja. Aku dah mula merasakannya setelah setahun berada di sini. Ya, mungkin boleh rasa selesa kerana boleh bercerita tentang perkara yang sama tapi akhirnya aku sedar yang kami memang berbeza.

Setelah lama aku mengenalinya aku rasakan dia seorang yang cepat stress, opportunist, tak boleh kalah dan nak kerja senang dan tak boleh tengok orang senang.

Jadi, bila fikir-fikir balik bila dia @ mereka pasal kisah dulu, mungkin ada dua versi. Jadi aku juga perlu berhati-hati supaya aku tak terpengaruh dengan mereka. Mujurlah aku pernah deal dengan orang-orang macam ni masa di tempat lama jadi tak ambik pusing sangat. Cuma kadang-kadang mengganggu sikit la fikiran dan perasaan. 

Harap-harap baik-baik jela kerja kat sini.

Saturday, November 2, 2024

Happy Birthday, Ariana

 


30 Oktober 2024 hari tu hari jadi Ariana. Sehari sebelum tu aku dah printkan gambar kartun Nabil kesukaan Ariana. Hari jadi dia tu aku belikan kek dan nak sambut dengan dia. Bila aku balik Ariana tengah tidur dan aku suruh dia bangun dan celebrate. Tapi dia takde mood. Aku jadi bengang dan marah-marah dia. Aku rasa apa aku buat tak dihargai. Tapi aku lupa yang Ariana special.

Bila dia dah makan dan ok sikit mood dia kembali ok. Lepas tu aku tanya, Ariana tak suka ke Mama beli kek. Dia jawab.."cuka." Masa tu hati aku luluh, aku rasa bersalah sangat pada Ariana. Aku tanya lagi, Ariana sayang Mama? Dia terus cium aku. Dan aku tahu sebenarnya dia happy dapat kek tema Super Nabil tu. Aku rasa bersalah sangat. Aku rasa aku masih lagi gagal jadi mak yang baik untuk Ariana. Maafkan Mama Ariana. 😭

Thursday, September 19, 2024

Benci

Sebolehnya ingin mengawal perasaan agar tak lagi hidup dalam kemurungan. Bila rasa sunyi, penat dan rasakan dunia di sekeliling tidak mengerti. Hanya perkataan SABAR. Jadi yang selama ini apa? Bukan sabar?  Cuba lari tapi tak ada tempat nak tuju. Cuba luah tapi baru sedar tak ada kawan. Cuba sembunyi masalah sebab tak mahu orang tahu yang ada bebanan yang digalas. Cuba tak ambil tahu kebahagiaan orang tapi pasti ada yang menyampai. Cuba kuat demi dua orang insan kecil yang tak mengerti lagi makna kehidupan. Tapi sesungguhnya penat, benci...benci dengan semuanya. 

Friday, August 23, 2024

Emotional Damage

 Semalam buat pertama kali aku menjawab bos aku sebab isu pengawas SPM. Jarang jugak aku nak ambik port pasal apa-apa sangat sebab nak jaga hati dan perasaan. Lagipun bos kan. Tapi ayat dia sedmalam tu macam tak profesional. kalau betul apa cikgu-cikgu buat tu salah boleh je cakap baik-baik. tak payah la cakap sepanjang perkhidmatan tak pernah ada cikgu-cikgu yang buka ruang. Kitorang pun tak tahu benda tu buka ruang. Lepas tu cakap mungkin cikgu-cikgu dah penat jaga budak. Bagi aku pada umur-umur macam ni manners tu kena ada. Cikgu-cikgu pun bukan muda-muda lagi, semua pun dah pangkat mak-mak. Janganlah guna ayat perli-perli macam tu. Tak tahulah lepas ni macam mana dia dengan aku. Kena blacklist la kot..hahaha.. Nasib baik ada cikgu-cikgu yang backup. Pelik jugak perangai macam ni. 

Tadi borak dengan kak Zizah, dia kata kadang-kadang orang isi nak jaga SPM tu sebab nak cari duit lebih. Aku pun setuju. Semua kena berlapang dada lah. kalau dapat sekolah yang jauh-jauh, bos tu tak fikir pun masalah kita. Entahlah, aku pun dah malas nak jaga hati orang. Masing-masing ada tugas sendiri. Baik cara cakap baiklah yang diterima. kalau ayat-ayat perli macam tu patut kena sedas bagi sedar. hihihi

Ni pun aku rasa malas dah nak pergi team building tu. tapi dah bayar pulak. Agaknya faktor usia serba serbi jadi malas. 

Saturday, August 3, 2024

Takdir

 

Beberapa hari lepas aku ada tengok video seorang ustaz ni. Dia kata perjalanan hidup kita ni dah ditakdirkan oleh Allah. Aku juga pernah dengar kalau kita mengalami De Javu, itu adalah sebenarnya perjalanan hidup kita yang telah ditunjukkan sebelum kita lahir ke dunia.

Tadi aku pergi ambil report card Gibran. Macam biasa Gibran masih banyak yang belum dicapai berbanding kawan-kawannya. Walaupun aku rasa banyak perkembangan Gibran namun ia
masih terlalu lambat.

Aku tanya pada Dy, adakah Gibran akan jadi macam Ariana. Dy kata dia dah boleh agak. Mungkin kesan pembedahan masa kecil yang buat Gibran macam tu. Dy macam biasa tenang. Tapi aku? Entah..hati mak mana yang tak sedih kalau anaknya tak normal tapi siapa aku yang ingin menidakkkan takdir Allah dalam mengatur kehidupan aku. 

Mungkin dalam perjalanan aku sebagai ibu, takdir aku tidak seindah orang lain. Aku keguguran tiga kali dan 1 anak istimewa dan 1 anak yang lambat perkembangannya. Aku pernah baca, ada orang kata anak normal menyenangkan kita di dunia, anak istimewa memudahkan kita di akhirat. Mudah-mudahan itu yang berlaku pada aku dan Dy. 

Kalaulah Gibran macam Ariana, aku kena berlapang dada dan menerima takdir yang Allah dah aturkan untuk aku. Allah sebaik-baik Perancang. Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Wednesday, July 24, 2024

Mimpi

Malam semalam atau sebenarnya Subuh tadi aku bermimpi tentang seseorang. Crush masa sekolah dulu. Tapi punyalah betul kena reject, dalam mimpi aku kata "Kenapalah kita tak kahwin" pun crush aku tu diam je. Tapi...itu bukan persoalannya walaupun aku pelik macam mana aku boleh mimpikan dia. Yang peliknya ialah aku punyalah rasa bersalah dengan Dy sebab mimpi bukan-bukan dan rasa balik kerja nak peluk Dy sebab rasa macam curang dalam mimpi. Sekali, reaksi Dy cuma, ala..mimpi je. Aku syak selain deria rasa pedas, Dy juga dah hilang perasaan cemburu. 

Friday, May 24, 2024

Panic Attack

Semalam aku rasa aku kena panic attack. Tiba-tiba aku rasa sesak dada and rasa serba tak kena. Perut pun rasa tak selesa. Tapi masa tu aku tahan lagi. Lepas perbarisan kena beratur nak nyanyi lagu Negaraku segala bagai. Masa tu boleh tahan lagi tapi tiba-tiba rasa kejang kat rusuk. Masa tu dah rasa lain macam. Aku terfikir janganla rebah dekat padang atau mati tiba-tiba. Takut juga perasaan tu.

Aku bagitahu Kak Azizah yang aku tak tahan dan nak pergi kat khemah. Sampai khemah aku rasa tak okay lagi. Rasa macam nak baring je. Aku lunjurkan kaki, tarik nafas. Lepas minum air sirap aku rasa lega sikit dan suruh Aqilah urut. Nasib baik dia pandai urut. Lepas tu terus rasa lega. Seram jugak bila ingat balik. Aku fikir malunya rasa kalau pengsan dekat padang tu. Jadi headline berita nanti. Dahla aku baru update medal kejayaan hari tu. Alhamdulillah..Allah masih panjangkan umur. 

Aku rasa kali pertama aku kena panic attack adalah masa Gibran dekat hospital. Masa tu tiap-tiap malam aku fikirkan Gibran dan rindukan Dy yang jaga Gibran dekat hospital. Ada satu malam aku rasa dada aku sesak dan susah nak bernafas. Tapi aku tak ingat macam mana benda tu boleh okay tapi yang pasti aku rasa aku kena panic attack masa tu cuma tak seteruk masa dekat padang tu. 

Amir Jahari pernah kata trauma masa kecil boleh membawa kepada masalah kemurungan atau mental pada seseorang. Aku rasa benda tu betul sebab aku rasa aku ada masalah kemurungan cuma masa aku kena kesedaran tentang mental health ni masa belum meluas macam sekarang.

Dulu masa aku duduk seorang dekat Penang aku pernah rasa sunyi. Masa tu mungkin aku belum pandai cari hiburan dan belum ada kawan untuk diajak keluar. Bila bergaduh dengan Dy ada je benda-benda bodoh yang pernah aku buat macam minum ubat batuk untuk bagi senang tidur. End up aku bangun pagi dengan tangan menggigil. Aku juga pernah kelas tangan dengan gunting. Gila. Tahu sakit tapi entah kenapa buat jugak.

Tapi kisah kemurungan aku yang paling teruk adalah masa aku dah pindah Meru. Masa tu Dy dah kerja dan selalu balik lambat dan kitorang tak berjumpa pun. Dia balik aku dan tidur, aku pergi dia tidur lagi. Masa tu pulak aku belum tahu masalah Ariana dan selalu Ariana kena compare dengan sepupu-sepupu dia.

Aku memang selalu mengamuk kalau Dy pergi kerja. Entahlah aku pun tak tahu kenapa. Aku pernah ugut suruh Dy balik kalau tak nak aku apa-apakan Ariana. Mujurlah masa tu aku tak sampai tahap tu walaupun aku terfikir. Bila aku rasa sunyi aku pergi rumah mak dan ya memang akan rasa happy kejap tapi bila balik rumah rasa sunyi tu kembali. Mungkin betullah penyakit kemurungan ni perlukan sokongan dari orang yang kita sayang.

Paling kronik aku pernah rasa nak bunuh diri. Macam yang orang selalu buat, tidur dalam kereta biarkan aircond terbuka. Aku siap terfikir nak suruh Eli datang bila time aku dah mati tu. Tapi sebenarnya cara paling senang nak mati ialah terjun jambatan Pulau Pinang. 

Tapi tu dulu. Aku pun tak sedar bila aku kembali waras. Mungkin redha jawapannya. tapi sekarang ada penyakit lain pulak, darah tinggi. Bila dah makan ubat darah tinggi tak la rasa nak marah-marah sangat kecuali kalau badan penat sangat. 

Sunday, May 12, 2024

Tiga Menanti Di Syurga

Selamat hari Ibu kepada diri sendiri. Biarlah tiada yang menghargai asalkan aku dapat menjadi Mama yang terbaik untuk Ariana dan Gibran. ❤️ #tigamenantidisyurga #duapenemandidunia

Tuesday, April 23, 2024

SEPI

Bila imbas balik kehidupan aku, tiba-tiba rasa kesian dengan diri sendiri. Dari aku kecik sampai la dah umur 40 tahun ini aku rasa tak ada orang yang sayang aku dalam dunia ni. Mak, Abah, adik beradik, suami, aku rasa diorang semua tak pernah sayangkan aku. Masa kecik mak selalu banding-bandingkan aku dengan kakak-kakak aku. Mak pernah halau aku daripada rumah sebab marahkan aku. Masa tu aku tak tahu nak pergi mana. Terpaksa pendam sendiri. Mak pernah kata kat aku tak payah sambung belajar sebab masa tu aku dah ada pakwe tapi aku nekad nak sambung belajar jugak. Abah, sampai sekarang aku masih tak rasa kasih sayang dia. Aku tak pernah rapat pun dengan Abah. Adik beradik pun sama. masa aku sekolah rendah, aku mangsa buli. sampai entah sapa-sapa pun ejek aku. Macam teruk sangat diri aku ni. even ada BF pun aku rasa tu satu kesilapan. Aku tak rasa sebenarnya dia suka aku pun. Mungkin terpaksa terima. Bila dah pisah agaknya satu kelegaan untuk dia. 

Sama juga macam perkahwinan. Mungkin juga perkahwinan ni satu kesilapan. Mungkin juga Dy menyesal sebenarnya pilih aku sebagai isteri. Mungkin kalau boleh putar waktu Dy akan pilih atau cari orang lain yang lebih baik. Tapi dia tersilap sebab pilih aku. Mungkin aku bukan perempuan yang boleh diberi kasih sayang. Mungkin benci, mungkin menyampah atau sebab dah terlanjur mencintai. Kalau pun masih bersama sekarang adalah sebab tanggungjawab je. Sebab kalau nak berpisah pun prosesnya rumit. Entahlah. Kadang aku rasa aku dah persiapkan diri aku kalau Dy ada orang lain. sebab aku tahu aku bukan isteri yang baik. Cuma aku harap kalau dia ada orang lain terus terang dan jangan tipu. Aku boleh terrima kalau betul dia dah tak suka atau benci dengan aku. Cuma janganlah layan aku macam aku tak bernilai atau macam dah benci dengan aku. 

Mungkin memang tak ada orang sayang atau peduli aku dalam dunia ni? Aku sunyi. Kawan-kawan pun tak ada. Yang ada anak-anak je. 

Sedang mempertahankan hubungan atau hanya sekadar menunda perpisahan.

Putus atau Terus 



Aku sedang bertanya-tanyaTentang perasaan kitaBenarkah kita saling mencintaAtau hanya pernah saling cinta?
Bukankah kamu juga merasaDingin mulai menjalari percakapan kita?Pertanyaan kamu "Sedang apa?"Terkesan hanya sebuah formalitas saja
Coba tanyakan lagi pada hatimuApakah sebaiknya kita putus atau terus?Kita sedang mempertahankan hubunganAtau hanya sekedar menunda perpisahan?
Bukankah kamu juga merasaDingin mulai menjalari percakapan kita?Pertanyaan kamu "Sedang apa?"Terkesan hanya sebuah formalitas saja
Coba tanyakan lagi pada hatimuApakah sebaiknya kita putus atau terus?Kita sedang mempertahankan hubunganAtau hanya sekedar menunda perpisahan?Wo-oh
Bila kamu tanya, aku maunya apaAku mau kita t'rus bersama
Coba tanyakan lagi pada hatimuKita sedang mempertahankan hubunganAtau hanya sekedar, oh-wo-ohHanya sekedar menunda perpisahan?

Friday, February 2, 2024

Pisah

Mendengar kawan aku bercerita tentang bagaimana dia berjumpa dengan anak murid setelah berpindah ke sekolah baru membuatkan aku sedikit cemburu sebab dia dapat berjumpa dengan mereka. Tapi aku? Dengar cakap kawan tu tak perlu pergi ke majlis perpisahan sebab mungkin ada orang tak suka. Entah. Rasa macam bodoh bila ingat aku ikut cakap dia. Tapi entah. Atau rasa hati dan perasaan ini telah diselamatkan. Entahlah. 

Friday, January 26, 2024

Kewangan

Kewangan aku tahun 2023 sangat teruk. Banyak hutang dan banyak emas yang digadai. Tak tahu mana silapnya. Padahal aku dah pindah sekolah dekat dan takde tol. tak tahulah 2024 ni macam mana. Adakah kembali normal. Dengan semua belaanja rumah ni aku yang kena tanggung. Kereta lagi. Bebanan jugak rasa. simpanan lagi la jangan cakap. memang takde. Entahlah.. tak tahu nak salahkan siapa. Aku kena tanggung bayar motor yang takde bagi manfaat pun. Bebanan lagi adalah. Bila suruh jual nanti jadi gaduh tapi dia tak sedar ke motor tu bebanan. Aku yang bayar. Dia memang la tak rasa sebab bukan dia yang bayar. Aku tengok dia tak naik pun motor tu. Naik gak motor Honda tu. naik kereta. Motor tu jadi apa? Tukun???? 300 lebih aku tanggung bayar motor tu. macam tu je. takkan aku nak gadai semua emas yang aku ada, yang aku beli pakai duit aku sendiri. bayangkan baru seminggu gaji duit aku dah habis dah. Bila aku nak aktifkan kad kredit dia kata takpe, tak payah. Senanglah cakap sebab bukan dia yang tanggung semua kehidupan ni. ni duit makan pun dah takde..

Ariana


 Sejujurnya aku terharu bila tengok persembahan Ariana. Tak sangka Ariana boleh buat persembahan. Biasanya Ariana adalah watak-watak kecil dalam persembahan. Tak sangka dia boleh menari juga. Tapi itulah...aku belum tahu lagi apa lagi kelebihan Ariana selain berenang. Ariana memang suka mandi kolam. Tapi nak hantar dia ke kelas berenang tu memang kos sangat besar. Aku tak mampu. Moga satu hari nanti aku ada rezeki lebih untuk hantar Ariana ke kelas berenang atau explore lagi apa kelebihan dia. 

Oh ye..masa Hari Bakat hari tu Ariana pun dah pandai berdikari dan duduk dengan kawan-kawan. Tak lagi nak duduk dengan aku n Dy. Semoga ada perubahan yang lebih baik untuk Ariana. Amin.

Wednesday, January 3, 2024

2024

Hari ini 3 Januari 2024. Gila ah aku dah masuk empat series. Macam tahun-tahun sebelum ini aku memang tak penah ada azam. Kalau pun ada azam nak kurus aku rasa memang tak kan berjaya. jadi aku redha jelah yang aku ni memang gemuk sejak kecik.

Cuma aku adalah terfikir untuk memperbaiki diri dari segi amalan kepada Allah. Ye lah, dah masuk 40 tahun apa lagi yang aku harapkan? Kahwin dah, ada anak dah, kereta, rumah semua dah ada. Cumanya mewah tak mewah jelah. Tapi aku selesa dengan kehidupan sekarang cuma tak bermewah-mewah lah. cukup sekadar ada. Cuma bab kewangan la..macam tak stabil sangat lagi. Aku tak ada simpanan. Bulan-bulan pun cukup makan je. Tapi masih ok lagi.

Cuma sekarang terfikir sampai umur berapa aku dapat hdup. Dengan tiba-tiba kena darah tinggi ni aku tak pasti la aku boleh hidup sampai umur berapa. Jadi tahun ni aku nak tingkatkan amalan-amalan sebagai persediaan. Cuma aku harap bila sampai masa nanti, Ariana dan Gibran ada orang jaga dan sayang dengan sebaiknya.