Saturday, November 24, 2012

Rezeki

"Setiap baby tu ada rezeki nya kan?"

"Haah."

"Mungkin buat masa sekarang rezeki kita cukup kot. Sebab tu belum ada baby."

"................................"

Dari Langit

 " Harap-harap bangun tido ada duit bawah bantal"

" Tak ada ke duit nak turun dari langit?"

Itu antara dialog-dialog aku dulu. Waktu muda-muda. Semalam aku baru perasan yang aku dah lama tak ucapkan ayat-ayat macam tu. Alhamdulillah. Maksudnya rezeki aku murah sekarang. Walaupun tak hidup mewah tapi tak susah macam dulu. Semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki ku dan keluargaku. Amin.

Monday, November 19, 2012

Bisik

Waktu lapang aku sekarang diisi dengan membaca buku-buku cerita yang Dy beli. Sebab aku pernah disogokkan dengan buku cerita cinta yang tak logik, maka aku agak sinis dengan buku-buku yang ada di pasaran. Tapi tu semua berubah bila aku start baca buku-buku dari Fixi. Aku tak kata semua buku Fixi best. Cuma ada dua tiga yang menarik minat aku. Salah satunya adalah Bisik. Aku rasa ni lah buku terbaik Fixi yang pernah aku baca.

Buku ni cerita pasal Mikael yang baru pindah rumah. Dia ada housemate nama Nazman. Tapi Nazman ni seorang yang pelik. 

Ok..sampai situ je sinopsis nye. nak tau sila beli..hehe

.Jalan cerita memang menarik dan suspen. Sampai ada la jugak seram-seramnya. Aku memang suka buku cerita yang bergenre macam ni. Baru thrill. Kalau baca buku cerita cinta, aku dah boleh agak dah ending dia.

Aku suruh gak Dy buat cerpen cerita seram-seram. Baru seronok nak baca. hehe

 p/s : seram tak kucing ni..hehe

Thursday, November 8, 2012

Kasih Sayang

Adakah Tuhan betul-betul sayang kan aku sampai Dia sentiasa menguji aku? Aku tidak dilahirkan dengan wajah dan badan yang cantik. Apa saja yang buruk tentang seseorang, aku dah pernah alami. Gemuk? Gelap? Jerawat? Itu semua dah pernah aku alami. Dibuli? Diejek? Dihina? Semua tu aku dah pernah alami.

Juga bukan anak kesayangan mak abah.

Tuhan uji aku lagi dengan situasi yang memaksa aku membuat pilihan. Pilhan yang dibuat diiringi dengan kutukan dari orang sekeliling.

Tuhan uji aku lagi dengan meletakkan aku jauh di utara. Sendirian.

Tuhan uji aku lagi dengan keguguran. Paling berat.

Lepas 8 bulan, tiada tanda. Tuhan masih uji aku. Aku bersyukur. Tuhan masih sayangkan aku. Sebab itu Dia uji aku. Cuma aku harap, aku akan terus kuat dan kuat. Aku juga masih yakin ada sesuatu di sebalik semua ini.

Wednesday, November 7, 2012

Kekuatan

Semoga Allah memberikan aku kekuatan untuk menempuh apa jua cubaan dan dugaan..amin..

Sunday, October 7, 2012

Baca

"Sejak bila hobi kau membaca?"

Tula pertanyaan kawan aku bila aku selalu post gambar buku kat Instragram. Bila tengok balik banyak juga buku yang aku dah baca. Ni semua disebabkab hobi suami aku yang suka beli buku dan baca buku.

" Takpe, hobi yang bagus" kata kawan aku lagi.

Tapi gara-gara baca buku seram, aku jadi takut sendiri. Hampeh!

Tekanan

Baru-baru ni tekanan darah aku tinggi. Patutla sejak kebelakangan ni aku selalu sakit kepala dan senang marah. Ada satu hari tu aku tak mampu nak kawal emosi aku baling cawan sampai pecah. Jadi, aku pun mengambil keputusan untuk check darah dan memang betul tekanan darah aku tinggi. Doktor bagi ubat migrain.

Tak sangka pulak aku kena tekanan darah tinggi. Mungkin stress, mungkin banyak kerja, mungkin sebab gemuk (macam mak aku cakap) mungkin kedua-duanya. Tapi alhamdulillah..sekarang tekanan darah dah normal balik. Aku pun dah amik inisiatif tak nak marah-marah lagi sebab aku pun yang penat. Students aku bukan kisah pun.

Ada kawan cakap jangan stress dan fikir sangat pasal anak. Ada rezeki nanti adalah. Tapi, macam mana la tak stress kalau tiap-tiap hari aku akan dengar kawan-kawan aku cerita pasal anak dia. Pasal anak dia main tu la, makan ni la, pakai baju ni la, bangun tengah malam la..kalau korang la, korang tak stress ke? Kadang-kadang aku terfikir yang diorang ni tak ada rasa simpati ke, at least rasa kasihan la..kalau nak cerita pun
tunggu la aku tak de ke..sebenarnya aku cuba la berlagak tak pape..tapi sebenanrnya memang tak boleh.

Sebabnya aku sendiri memang tak akan buat benda macam tu. Macam dulu kat universiti. Kebanyakan kawan-kawan aku belum ada boyfriend. Dan aku tak akan cerita pasal boyfriend saja-saja (walaupun ada kawan aku buat, siap tunjuk gambar dan puji BF dia tu hensem) kecuali kalau diorang tanya. Sebabnya aku faham perasaannya. Bukan semua orang suka apa yang kita cerita. So, aku mengharapkan orang di sekeliling aku juga berfikiran macam aku..tapi tak.

Mujurlah ada kawan aku W, yang mampu beri aku kekuatan. Betul juga orang kata kalau kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita. W ni pernah mengalami waktu-waktu kemurungan dan sedih macam apa yang aku lalui sekarang. Waktu tu akula jadi tempat dia mengadu. Sampai kadang-kadang aku pun tak tahu apa nasihat lagi. Dan sekarang dia dah ada kehidupan yang gembira. Dia juga yang bagi aku kata-kata semangat untuk aku teruskan hidup. Walaupun dia tak ada kat sini tapi aku tetap anggap dia bestfriend aku. Aku doakan dia akan bahagia selalu.

Sebenarnya, kehidupan aku lebih baik dari orang-orang lain. Dah banyak kali aku ingatkan diri aku tentang itu. Sekurang-kurangnya aku pernah mengandung, aku ada suami, ada kerja, ada kereta, ada gaji yang cukup, tubuh badan yang sempurna..cumanya aku kena lebih berdoa, bersyukur dan redha dengan apa yang dah ditetapkan oleh Allah. Dah banyak hikmah yang Allah bagi untuk aku. Aku patut percaya pada-Nya. Belajar bersabar dan jadi orang, isteri, anak yang lebih sempurna.

Saturday, September 15, 2012

Lama

Lama rasanya tak tulis kat blog ni. Padahal blog ni salah satu tempat kalau jiwa aku kacau.
Sekarang aku suasana kat sekolah aku dah semakin baik, tak macam awal-awal kedatangan aku dulu. Cuma sekarang banyak la pulak keje. Semuanya nampak macam ok sampailah satu hari ni.
Aku perasan jugak yang aku sekarang senang marah. Mungkin sebab students yg sangat lemah. Tapi sebenarnya aku tak boleh nak salahkan diorang sebab latar belakang diorang memang sangat kesian.
Nak dijadikan cerita, 2 hari lepas aku ada marah sorang budak Ting 5 sebab dia tak bagi kerjasama. Lepas tu dia macam merajuk. Perkara tu sikit sebanyak memang mengganggu fikiran aku. Buat aku terfikir salah aku ke?

Perkara tu sebenarnya bersangkut paut dengan satu persembahan yang pend khas kena buat. Dan pada mulanya bukan aku yg bertanggungjawab. Tapi sebab ada sorang cikgu yg tak nak beri komitmen dan lepas tangan tugas tu jatuh kat aku. Mungkin sebab tu jugak aku jadi bengang dan lepaskan pada students. Sebab bukan senang nak handle budak2 tu. Nasib baik pada hari persembahan tu diorang bagi yg terbaik.
Berkenaan dengan cikgu tu pulak, aku memang ada tak puas hati dgn dia dlm beberapa perkara. Sikap childish dia pun agak menyampahkan. Tapi takpelah, aku harap aku diberi kekuatan sebab sekarang suasana dan ok dah berbanding dulu. Aku kena pandai handle supaya tak rasa stress macam dulu.

Saturday, August 11, 2012

Belum masa

Kena la tunggu sebulan lagi..

Sunday, July 29, 2012

Baju raya

Waktu orang sibuk cari baju raya, aku sepatutnya tengah sibuk cari baju baby..tapi Tuhan ada perancanganNya sendiri...

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan

Ramadhan datang lagi.Kali ni betul2 punya puasa bersama suami. Membawa maksud kena masak untuk berbuka dan yang paling xpernah buat ialah bangun untuk masak sahur. Sebab dah tak boleh la fikir perut ni sorang je, sebab dah ada satu lagi perut boroi yang nak dijaga, heh.

Thursday, June 14, 2012

Sumpah-sumpah

Aku tak tahu pulak yang muka aku ni boleh berubah-ubah..sebabnya..kerani sekolah aku menyangkakan yang aku adalah cikgu baru yang nak lapor diri setelah 6 bulan aku keluar masuk kat pejabat tu. dan itu kali kedua dia cakap macam tu.

Dan tadi kejadian yang sama berlaku lagi. Sorang cikgu tanya aku ni baru posting ke sebab tak pernah nampak, padahal baru tiga hari lepas aku duduk makan semeja dengan dia.

Agaknya, muka aku ni berubah ikut cuaca kot..macam sumpah-sumpah. Ke aku ni sumpah-sumpah pada kelahiran lepas..kah kah kah

Tenang

Setelah enam bulan, kali ni baru rasa tenang..harap ia berkekalan.

Friday, May 11, 2012

A year

Dah setahun jadi suri hidup Dy..moga kekal hingga hujung nyawa..amin..

Monday, April 30, 2012

Baca

Bila la nak habiskan baca buku di rak tu. Lagi-lagi dah ada hiburan lain macam Ipad 2 ni. Haish..

Thursday, April 26, 2012

Hobi

Kalau orang tanya apa hobi aku sekarang, jawapannya main game kat facebook dan surf internet. Sungguh tak berilmiah.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang boleh dikatakan minat membaca juga. Mak adalah pelanggan setia surat khabar dan majalah.Tak lengkap rasanya sehari mak tak baca surat khabar. Kakak pula pengumpul novel - novel cinta. Dulu mane ada hiburan macam sekarang. Jadi masa diisi dengan membaca.

Tapi, aku sedar yang minat aku untuk membaca semakin berkurangan apabila disogokkan dengan bahan bacaan yang agak mengarut. Contohnya majalah Mastika. Novel-novel cinta pulak bagaikan satu cerita khayalan yang rasanya macam tak wujud manusia sesempurna itu di alam nyata. Lantas, aku menjadi jelik untuk meneruskan pembacaan bahan-bahan seperti itu. Maka, berakhirlah minat aku untuk membaca bahan- bahan yang agak berat. Aku lebih suka membaca bahan- bahan ringan macam Ujang, Gila-gila.
Tapi sekarang aku duduk satu rumah dengan orang yang minat membaca Mula- aku masih lagi prejudis terhadap buku-buku yang dia beli. Aku tak terpengaruh langsung untuk membaca sebab takut kecewa dengan isi kandungannya. Tapi nampaknya tak semua buku mengecewakan. Masih ada lagi yang mampu menghiburkan.

Selamat pergi ke Pesta Buku Antarabangsa.

Friday, April 13, 2012

Silent is Golden

Aku ingat akau sorang je yang tension di bangunan 4 tingkat tu, rupanya kawan sekerja aku pun sama. Mula la nak bandingkan dengan tempat lama. Tapi hakikatnya aku bukan lagi di sana.

Aku ni jenis mudah percaya orang. Tapi aku silap, Tak semua orang boleh dipercayai. Aku kena berpegang pada tu mulai hari ini. Diam tu lebih baik sebab lagi banyak kita cakap lagi banyak kebodohan kita akan keluar. Semoga Tuhan melindungi aku dari orang-orang yang tidak baik. Amin.

Wednesday, April 4, 2012

Kesabaran

Aku agak penat mengajar students tingkatan 3. Penat sebab :

1. mereka sangat lemah, basic memang lemah. takkan aku nak mula dari awal
2. ada yang pandai tapi malas dan bagi aku sangat melampau.

tadi aku marah dia sebab dalam peperiksaan tadi dia cuma salin soalan yang bagi aku benda tu hanya dibuat oleh student yang betul-betul lemah. Memang darah aku naik sampai otak la. Sebab aku tahu kemampuan dia bukan setakat itu.

Aku memang pernah rasa untuk buat tak tahu dengan dia. lantak la dia nak belajar ke tak. Tapi, tu bukan tugas seorang cikgu. Cikgu kena bimbing pelajar sampai berjaya. tapi kalau dah perangai macam tu siapa tak geram kan? Kalau adik aku nak je aku cubit bagi sedar sikit. Nasib baik anak orang. Aku doakan la yang budak-budak tu dilembutkan hati dan boleh terima pelajaran. Bukan datang sekolah setakat habiskan duit mak bapak diorang.

Saturday, March 24, 2012

Great Teacher Ziana

Tajuk kat atas memang macam-macam ala bangga diri, perasan. Tapi peduli apa sebab itu memang apa yang aku rasa. hehe..Kepuasan sebenar menjadi guru. Anak murid berjaya.

Keputusan SPM yang keluar baru-baru ini boleh dikatakan mengulang kejayaan aku selepas PMR hari itu. 100% pelajar aku lulus subject Pendidikan Moral, walaupun calonnye hanya lima orang. Tapi sebab aku tahu macam mana prestasi pelajar tu aku rasa memang puas dan berbaloi. Lagipun kalau setakat lima orang tapi tak boleh lulus semua lagi malu kan?

Walaupun hanya lima orang je pelajarnya, tapi masing-masing ada tahap kemampuan sendiri. Seorang menang cemerlang, boleh buat ayat dengan baik, boleh jawab soalan KBKK. Seorang boleh buat ayat tapi lemah dengan soalan KBKK. Sorang lagi pulak tak boleh buat ayat tapi boleh menghafal dengan baik. Sorang lagi pulak memang lemah dan tak boleh buat ayat langsung, tapi masih boleh tulis perkataan kalau aku bantu tak boleh langsung jawab soalan KBKK. Dan yang akhir sekali, adalah yang paling lemah. Tak boleh buat ayat, tak boleh eja perkataan, lemah dalam menghafal, selalu tak datang sekolah, tapi dia ada keinginan untuk belajar. Kunci kejayaan diorang sebenarnya adalah KERAJINAN. Mane-mane student yang rajin, aku jamin diorang memang akan berjaya.

Maka dengan itu, berakhir la khidmat dan bakti aku di SMPK Pulau Pinang. Sekarang khidmat dan bakti dicurahkan pulak untuk students di KL. Paling penting jalankan tanggungjawab dengan baik dan ikhlas. InsyaAllah, Tuhan akan sentiasa membantu.=)

Thursday, March 15, 2012

Cemburu

Rasa cemburu juga melihat kawan-kawan post gambar baby di facebook. =(