Sunday, August 13, 2023

PRN

 Jarang aku beremosi bila bab-bab politik ni. Tapi mungkin sejak Anwar jadi PMX aku jadi emosi. Atau pun seiring dengan usia. Tak pasal-pasal aku menyampuk perbualan walaun dalam group whatsap sekolah sebab aku dah tak tahan. Bukan orang Selangor tapi sibuk-sibuk nak menangkan PN. Dah lah aku memang anti orang negeri tu. Tu antara walaun yang duduk negeri PH balik undi PAS. Geram je rasa.

Tapi lantaklah. Aku hidup bukan sebab pandangan orang pun. Nasib baik dah pindah dah orangnya. Jadi, sekarang move on jelah. Sekurang-kurangnya aku sempat tengok Anwar jadi PMX. Lagi 5 tahun tak tahu aku masih hidup ke tak. so Let's Move On. 

Selamat Hari jadi

 


Hari ini umur aku dah 39 tahun. Setiap tahun bila tiba birthday sebenarnya aku tak pernah rasa happy. Memang kawan-kawan, family wish tapi entah kenapa aku masih rasa kosong. Mungkin sebab kadang-kadang aku saja yang beria. Aku saja yang plan birthday sendiri. Tak kan semua nak kena beritahu. Kalau beritahu pun tak buat. Kalau tanya pun apa aku nak last-last tak buat pun. 

Kadang-kadang aku rasa nak balas balik apa yang aku rasa. Tapi tulah tak sampai hati. Mungkin sebab sayang, mungkin sebab kesian. Entah. Jadi sebenarnya aku dah tak suka bila masuk bulan Ogos dan 13 hari bulan. Rasa macam nak skip atau buang 13 hari bulan tu dari kalendar. Macam tahun lompat. 4 tahun sekali.

Cuma aku harap bila Gibran dah besar nanti dia tahu menghargai aku sebagai emaknya dan isterinya. Selamat hari lahir, Noorziana.

Wednesday, June 28, 2023

Baru


    Ini kawan-kawan di sekolah baru aku. Alhamdulillah..aku rasa aku dah boleh adapt dan serasi dengan mereka. Boleh katakan yang cikgu-cikgu dan PPM kat sini baik-baik. Kebanyakan diorang kat sini pun kurus-kurus. 

    Betullah orang kata. Tak kenal maka tak cinta. Dulu sebelum masuk program Masalah Pembelajaran ni macam-macam yang aku dengar. Budak trantrum la, budak tak boleh urus diri la. Tapi bila dah masuk dalam dunia LD ianya taklah seteruk yang disangka. Cikgu-cikgu dia pun bagus-bagus dan rajin. Tak ada yang culas kerja. Masing-masing menunjukkan komitmen terhadap tugas masing-masing. PPM pun rajin dan pandai jaga budak.

    Murid kat sini pun ramai yang nak belajar. Ada lah beberapa orang yang malas atau tak minat belajar tapi ikut mood juga. Tapi so far aku rasa oklah pindah sekolah ni. Bila dengar cerita Kak Ida aku rasa suasana tempat lama dah tak seronok. 

    Banyak benda baru yang aku belajar bila masuk sekolah ni. Aku harap aku dapat apply benda-benda tu kat Ariana.
 

Selamat Hari Raya Aidiladha Dan Hobi Baru

 Aku rasa nak buat hobi baru iaitu mewarna. Oleh sebab aku tak pandai melukis, jadi aku decide nak jadikan mewarna sebagai hobi baru. Sebelum ni aku habiskan masa lapang dengan membaca dan tengok movie, tapi aku rasa dua benda tu memerlukan masa dan fokus. Jadi, ianya agak susah nak dibuat sekarang sebab tak jumpa novel yang betul-betul menarik dan kena berebut TV dengan Ariana dan Gibran. Boleh juga tengok movie kat handphone tapi macam tak seronok pulak bila terpaksa menghadap phone selalu depan Ariana dan Gibran. 

    Jadi, aku harap hobi mewarna ni boleh distract aku dari tengok Tik Tok dan media sosial yang lain. Tapi hobi ni hanya akan bermula bulan depan sebab aku belum beli lagi magic colour. Ya, aku akan gunakan magic colour, bukan water colour atau pencil colour. Sebab aku terpengaruh ada orang jual warna tu kat Tik Tok Shop. 

Tuesday, June 20, 2023

Selamat Hari Bapa.


 Tadi kat sekolah ada parents datang sebab anak dia ada buat hal kat sekolah, tantrum. Bila dengar gaya ayah dia cakap, aku bersyukur dapat Dy jadi suami.Happy Father's Day, Dy. 

Memandangkan umur pun dah nak masuk 40 tahun, aku rasa biarlah aku menghargai orang-orang yang ada di sekeliling aku. Walaupun orang tak menghargai aku sebab mungkin memang itu cara mereka, tapi biarlah aku menjadi penyebab untuk mereka gembira. Harap-harap dengan cara ni, aku sendiri yang happy dan tak mengharapkan penghargaan dari orang lagi. 

Wednesday, April 19, 2023

Ramadan 2023

 Assalamualaikum...

Lama gila dah menulis blog. Bukan apa, aku tak suka nak ingat benda-benda yang terjadi dalam hidup aku. Last aku post kat blog ni pun 6 tahun lepas. Sepanjang 6 tahun tu macam-macam dah berlaku. dari aku single sekarang aku dah ada anak 2. Anak aku yang nombor 2 bernama Gibran.

Gibran juga ada kisah sedihnya, tapi tak pelah..semua tu dah berlalu dan Gibran pun Alhamdulillah dah sihat. Aku akhirnya dapat pindah ke sekolah baru. Walaupun blog ni tak tahu hujung pangkal, aku tahu tahu dan dapat pindah. Cuma lately aku rasa yang aku cepat marah. Dan tadi aku rasa aku tahu apa sebabnya. 

Aku masih lagi terikat dengan sekolah lama. Masih nak tahu apa yang diorang buat dan aku nak tunjuk apa yang aku buat kat sekolah baru ni. Walaupun pada hakikatnya, dua-dua pun takde buat aku happy kecuali sekolah baru ni dekat berbanding dulu. Aku rasa aku patut hentikn sikap untuk impress dah menunjuk-nunjuk pada orang lain. Mereka semua dah jadi kenangan. 

Ramadan tahun ini pun aku sia-siakan macam tahun-tahun sebelum ni. Padahal pernah pada 1 tahap aku aku bangun awal, tahajud, solat dhuha dan mengaji. tapi entah kenapa aku kembali ke perangai lama walaupun Allah dah makbulkan doa aku..Astaghfirullah..

Macam biasa, aku selalu gagal dalam persahabatan. Yang terbaru dengan kawan seuniversiti. Aku anggap dia kawan baik, tapi rupanya aku silap. Dia tak pernah menganggap aku macam tu. Aku tak tahu mana silapnya. Mungkin aku atau dia. Mungkin juga dia cemburu dengan aku atau aku cemburu dengan dia. Tapi yang pasti kami bukan lagi kawan. Kami dah jadi stanger. Aku juga patut buang dia dari senarai kenalan aku.Dan kawan-kawan yang lain juga. Mereka dulu hanya kawan sekerja dan kini bila aku dah berpindah mereka bukan lagi siapa-siapa. 

Mungkin aku pun mereka dah lupa. Begitu juga anak murid yang lama. Apa lagi yang aku harapkan dengan generasi Z. Apakah mereka masih ada nilai menghargai? Apatah lagi mereka murid-murid khas yang kurang perasaan. Aku patut redhakan sahaja. Aku patut delete nombor-nombor lama dan tak perlu lagi melihat status whatsap mereka. 

Mungkin aku nampak macam psiko tapi tulah hakikatnya. aku pun tak tahu aku nak impress siapa sebenarnya. Nak orang puji ke? nak menunjuk ke? aku pun tak tahu. Cuma yang aku tahu aku sekarang rasa serba tak kena. Kesian juga Dy selalu kena marah..tapi entah..aku sampai satu tahap aku tak boleh orang persoal apa aku buat. Kondem, tegur. sebab aku penat. 

Mungkin penat sebab terlalu mengharap pujian manusia. tanpa aku sedar yang perlu aku impresskan adalah ibadat aku kepada Allah. 

Monday, January 4, 2016

1st day

Hari ini hari pertama persekolahan untuk tahun 2016. So far so good. Cuma pagi-pagi Si Lalat tu tolong punch card pulak. Pelik. Cuba nak buat baik ke? Tapi sorry lah. No second chance.

Saturday, January 2, 2016

Tahun Baru 2016

Lama gila ah tak menulis blog ni. Pejam celik pejam celik dah 2016. Cerita Ariana dalam blog ni pun masih tergantung.hehe. Tapi sekarang Ariana dah besar. Dah 2 tahun dah.

Perkembangan media sosial sekarang memang pesat. Ada banyak medium untuk bersosial. Ada FB,twitter dan macam-macam lah. Aku sekarang suka main twitter,so blog memang lama dah tak bukak.

Azam 2016 ni aku nak aktif balik berblogging dah menabung. Dengan harapan blog ni akan jadi macam diari untuk aku share anything. 

Life sekarang dah ok dah. Cuma tula, financial problem. Tapi pengalaman bersalin dan duduk hospital mengajar aku erti bersyukur. Tahun ni aku nak naik pangkat DG44, mudah-mudahan rezeki lebih murah. Amin. 

Ada banyak benda berlaku pada tanun 2015. Nanti satu persatu la aku cerita. Harap-harap aku akan aktif menulis lepas ni. Hehe

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tinggal 2014, Selamat datang 2015

Dah masuk 2015. Tahun 2014 berlaku dengan banyak kenangan. Sama ada yang manis atau yang pahit. Sejujurnya aku rasa 2014 bukanlah tahun yang baik untuk aku dan keluarga (Dy dan Ariana). Banyak keputusan besar yang terpaksa kitorang buat antaranya Dy berhenti kerja. Dalam tahun tu jugak aku terasa betul-betul teruji. Teruji kesetiaan dan keimanan. Terima kasih kepada Dy yang sanggup menahan sikap aku dan bersabar dengan apa jugak yang aku buat dan cakap.

Tahun 2014 jugak tahun yang tak ok untuk kerjaya aku. Selisih faham dan sikap dengki menjadi perosak kepada keharmonian tempat kerja. Walaupun si dia cuba berbuat baik, tapi aku bukan orang yang senang melupakan. Ya, aku memang tak sebaik malaikat untuk buat seperti biasa. Tapi itulah hakikatnya kalau rasa dikhianati.

Tapi tahun 2014 juga ada manisnya. Aku dah berjaya memiliki rumah sendiri dan berpindah ke Klang. Mungkin ini adalah permulaan untuk memulakan hidup yang baru. Walaupun aku tahu tahun 2015 aku akan menghadapi banyak lagi cabaran yang lebih besar, terutama financial, tapi aku harus kuat dan mencari solution. Aku berdoa supaya Dy akan dapat kerja yang lebih bagus, Ariana akan terus sihat dan pandai, dan kitorang dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Aku hanya merancang, Tapi Allah jua yang menentukan dan tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Selamat Tahun Baru 2015

Saturday, July 19, 2014

Busuk Hati

Orang busuk hati ni memang ada kat mana mana. Aku tak sangka la ada dalam kalangan rakan sekerja aku yang macam ni. Depan baik tapi belakang rupanya buruk-burukkan aku. Aku tak tahu apa salah aku dengan dia sampai macam ni sekali dia benci aku. Memula tu aku hanya dengar dari H pasal perempuan tu tak puas hati dengan aku, jeles dengan aku. Jeles pasal apa pun aku tak tahu. Tapi 1 hari ni perasaan marah aku tak dapat dibendung sebab secara terang-terang dia bawak mulut, cakap benda yang aku tak buat. Aku sound dia, tapi macam biasa tak mengaku salah dan buat2 innocent. Geram betul aku, memang hipokrit gila. Lepas tu tak mintak maaf pun, siap kata betul aku cakap macam tu. Bagi aku, orang macam tu memang aku tak bagi mukala. Aku tak kan maafkan dia sampai bila-bila. Aku cuma berdoa yang aku dijauhkan dari orang-orang yang jahil dan tak benar. Hidup dengan orang negatif dan suka komplen ni tak elok. Bawak cas negatif dalam hidup. Mungkin ni petunjuk Allah untuk aku menjauhkan diri dari orang-orang macam ni. Tapi aku sedih jugak sebab dia tu dulu antara kawan aku time aku mula2 pindah kat sekolah ni. Tapi manusia boleh berubah kan? lagi-lagi dah jumpa gengnya. Tapi takpela, aku dah tak rasa apa pun sebab dia pun tak de kepentingan dalam hidup aku. Hidup aku pun dah cukup banyak masalah

Thursday, June 5, 2014

Enam bulan

Ariana dah 6 bulan, tapi tak ada orang nak mengasuh dia. Aku ambik cuti tanpa gaji sebulan. Dy amik keputusan berhenti kerja sebab nak jaga ariana,hari tu aku plan nak cari pengasuh kat meru, ulang alik meru kl sementara tunggu ariana besar, tapi bila fikir2 balik tu bukan jalan yang terbaik. Mula mula aku fikir mak mungkin dapat membantu, tapi lepas aku duduk umah mak beberapa hari, aku sedar yang mak tak dapat nak tolong, mak dah cukup penat buat kuih. Lagipun berjauhan dengan dy, bukan jalan yang terbaik. Banyak yang buruk dari yang baik.

Dy nak bagi notis 3 bulan, tapi dalam masa dua bulan, siapa nak jaga ariana. Alip kata kawan dia boleh tolong, tapi awal bulan 3, akhirnya aku dan dy buat keputusan yang dy terpaksa berhenti kerja, jaga ariana sementara dia besar. 

Banyak yang kitorang rancangkan untuk sebagai backup plan, aku mintak tukar, jual kerepek n berjimat cermat. Aku cuma berharap yang emosi aku akan tetap stabil untuk menempuh dugaan ni. Ayat klise 'mungkin ada hikmah' terpaksa digunakan untuk jadikan kitorang kuat. 

Mungkin orang akan cakap rugi bila dy berhenti kerja, tapi bila fikirkan keadaan ariana, lebih baik kitorang jaga sendiri. Bukan tak pernah hantar pada pengasuh, tapi diorang sendiri tak nak ambik risiko.

Sejujurnya aku takut dengan apa lagi yang tuhan rancangkan untuk aku. Dugaan nya bukan kecik, tapi menuntut kesabaran yang maha besar.

Aku terus berdoa agar aku dan dy diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. Aku juga sedar yang orang di sekeliling kita tak akan dapat membantu kalau kita ada masalah. Semuanya berbalik pada aku dan dy sendiri. Jadi biarlah kitorang hadapi masalah ni sendiri tanpa melibatkan orang lain. Mungkin ini jalan yang terakhir.

Saturday, December 28, 2013

Dua Bulan

Hari ini Ariana dua bulan. Cepat betul masa berlalu. Hari ini dah seminggu Ariana kat rumah. Aku dan Dy sendiri yang jaga. Pengalaman menjaga Ariana dua minggu di hospital sedikit sebanyak membantu. Cumanya dia masih memerlukan pemantauan dan bergantung kepada ubat dan pam yang hospital bekalkan. Apa yang aku lihat, Ariana sihat dan aktif, harap-harap ianya berterusan sampai bila-bila.

Aku nak kongsi detik kelahiran Ariana yang memang cukup menduga aku sebagai seorang manusia. Sampaikan aku rasa fobia untuk mengandung lagi. Kawan aku cakap semua orang cakap macam tu, tapi nanti akan pregnant lagi, tapi bagi aku, aku memang betul-betul fobia.

Sepanjang aku mengandung, aku memang tak mengalami apa-apa masalah. Muntah-muntah tu ada tapi biasanya waktu maghrib dan malam. Pagi memang sihat macam biasa. Alhamdulillah, sebab aku tak perlu cuti atau MC. Kencing manis dan darah tinggi pun aku tak ada, siap berat turun pulak. Namun, jauh di sudut hati aku, aku rasa tak sedap hati juga. Sebab bila senang waktu mengandung ni, mungkin akan susah waktu bersalin. Ternyata sangkaan aku betul.

Seminggu sebelum due date, ada peristiwa yang berlaku. Satu hari aku rasa baby dalam perut tak bergerak aktif macam biasa. Aku rasa tak sedap hati. teringat cerita baby kawan yang meninggal waktu kandungan 8 bulan, even nurse beritahu ada baby yang 9 bulan pun meninggal. Aku dah tak sedap hati. Aku called Dy dan kitorang terus pergi hospital. Di situ kitorang dah buat kesilapan. Patutnya kitorang pergi klinik scan. Tapi sebab mempercayai hospital, aku pun terus pergi hospital.

Sampai di hospital, aku pergi ke bahagian PAC dan buat segala prosedur akhirnya aku kena masuk ward. Doktor suruh kira pergerakan baby sampai cukup sepuluh kali. Esoknya aku disuruh balik. Doktor bagi tarikh untuk aku masuk semula ke hospital. Waktu tu aku memang tak terfikir langsung nak pergi scan.

Sampai tarikh aku masuk ward. Rasa sakit nak bersalin tu masih belum ada. Nurse ada datang buat CTG tu. Bila bacaan tak ok, nurse gerak2 perut aku biar baby bergerak. Esok pagi doktor masukkan ubat. Waktu tu pun aku masih belum rasa sakit. Sampaila tengah malam, baru aku rasa sakit. Aku beritahu nurse, dia check baru 3cm dan suruh aku tunggu esok pagi. Esok pagi doktor check, dah 4cm, aku ditolak masuk labour room. Waktu tu dalam pukul 9. Last aku sarapan pukul 7 pagi. Lepas tu aku tak boleh makan apa-apa.

Waktu tu aku tak rasa sakit lagi. Doktor datang offer aku untuk ambil epidural. Aku pun setuju je, Lepas tu doktor masukkan ubat untuk bukak jalan. Dalam masa 6 jam aku tak rasa sakit, bila doktor check jalan belum bukak. Nurse buat CTG. Pukul 5 petang baru aku mula rasa sakit, tapi waktu tu jalan baru 6 cm. Last2 pukul 7 jalan baru bukak 8 cm dan aku terpaksa dibedah.

Waktu ditolak ke wad bedah aku tak fikir apa-apa. Tapi peristiwa tu bermula bila aku dah dibius dan siap untuk dibedah. Aku tak sedar apa-apa sampai la aku rasa aku tak boleh bernafas. Memang nafas aku cukup-cukup di kerongkong. Waktu tu aku hanya fikir mati dan Dy yang ada kat luar. Mungkin aku tak sempat jumpa. Akhirnya aku dapat bernafas macam biasa. Aku tak tahu macam mana keadaan baby masih tu. Lepas tu aku dibawa keluar dan dibawa ke satu tempat untuk pastikan aku ok dan bius aku hilang. Doktor masih tak beritahu keadaan baby aku macam mana.

Bila aku rasa dah ok sikit, doktor terangkan apa yang jadi pada aku kat bilik bedah tadi. Yang tu semua aku memang tak peduli, yang aku nak tahu keadaan baby. Bila tengok reaksi dan muka doktor tu aku tahu yang something happen. Alhamdulillah, dia kata baby selamat, tapi baby dah berak dalam perut dan najis tu dah masuk paru-paru. Baby terpaksa dimasukkan ke NICU. Waktu tu aku tak dapat jangka seteruk mana keadaan baby.

..bersambung..

Thursday, November 28, 2013

Sebulan

Hari ini cukup sebulan Ariana lahir. Tapi dia masih di NICU. Masih bawah pengawasan doktor. Sampai bila? aku pun tak tahu. Cuma yang aku boleh doa yang dia cepat sembuh dan cepat keluar. Alhamdulillah, dia pun dah ada perkembangan cuma masih tak boleh bernafas sendiri. Maksud tak boleh bernafas sendiri ialah dia masih memerlukan tiub yang dimasukkan kat dalam mulut dia untuk bernafas. Doktor kata paru-paru dia belum bersih dan banyak kahak. Dia dah semakin comel. Kadang-kadang tengok dia senyum waktu tidur.

Memang rasa penat bila kena ulang alik ke hospital. Tapi ni cuma sementara. Sekarang pun aku dah tak nangis bila tengok dia. Bak kata Dy jangan bagi aura negatif kat dia. Tapi yela kan..siapa tak sedih tengok anak sendiri macam tu.

Hari ini juga dah sebulan aku berpantang kat rumah sendiri. Tak sangka, akhirnya berpantang sendiri. Nasib baik ada adik yang boleh tolong masak dan buat kerja rumah. Nanti satu hari aku akan post detik-detik aku lahirkan Ariana. Boleh kata antara hidup dan mati. Bila-bila nanti aku cerita.

Friday, November 8, 2013

Tuhan Menguji Lagi

Tuhan menguji lagi. Kali ini memang cukup berat. Sehinggakan aku rasa aku tak sanggup untuk memikul beban ini. Sampai terkadang aku terfikir, besarkah dosaku pada masa lampau yang membuatkan aku diuji sebegini. Kalau ya, kenapa bukan aku seorang yang menanggung beban itu. Kenapa perlu insan kerdil itu. Tak saggup rasanya melihat keadaannya.


Thursday, November 7, 2013

Mesti Terus Kuat

Hari ke 6,alhamdulillah,ada perkembangan pada Ariana,aku berdoa perkembangan ni akan terus baik..doktor kata dos ubat dah dikurangkan dan Ariana mula minum susu badan,aku berdoa itulah ubat yang terbaik untuk dia. Ariana sayang..cepat sembuh ye?mak dan abah tunggu ariana..mak abah sayang Ariana..

Sunday, November 3, 2013

Penantian memang menyeksakan

Hari ke 5 di hospital,hari ke 5 nur ariana binti norazman lahir..tapi sampai sekarang aku belum dengar tangisannya. Macam ni perasaan seorang ibu rupanya..sakit lebih dari segalanya..aku tak kisah sakit luka bersalin ni asalkan aku dapat berjalan tengok wajahnya,dia seorang bayi yang cantik dan kuat,aku tahu dia kuat sebab aku dan dia dapat sama2 survive selama 9 bulan ini.ariana syg..cepat sedar ye syg..mak dan abah tunggu ariana,mak dan abah tak sabar nak jaga ariana,nak dengar ariana nangis,nak dengar ariana ketawa,nak tengok ariana membesar mcm budak2 lain..nak tengok ariana jadi budak cantik,pandai,baik..ariana budak kuat,ariana mesti sihat,mak n abah syg ariana,ariana mesti sihat,mak n abah tunggu..

Sunday, September 1, 2013

Penghijrahan

Kita memang perlu berhijrah untuk memperbaiki diri dan menimba pengalaman yang baru. Tahun ni masuk dua tahun aku di sekolah baru. Dalam masa dua tahun ni banyak la jugak pengalaman yang aku dapat. Mungkin tahun depan cabaran lain pulak yang akan aku tempuh.

Tahun ni kawan baik aku dapat pindah ke sekolah yang sama. Aku bersyukur jugak dia dapat pindah ke sini sebab aku ada kawan yang aku boleh share everything. Dia memang kawan susah dan senang. Time aku down dia la yang mendengar walaupun waktu tu kitorang jauh. Waktu dia down pulak aku la tempat dia mengadu. Dan aku bersyukur jugak sebab akhirnya dia jumpa orang yang terbaik untuk dia.

Berbalik pada isu kat tempat kerja, sekolah integrasi ni cabaran nya memang lain. Aku dapat rasakan juga yang budak-budak KL ni sangat berlainan dengan budak Penang. Tak tahulah kalau budak Penang ni duduk asrama atau apa. Tapi aku rasa budak Penang lebih independent. Atau sebenarnya JPN KL ni tak seaktif JPN Penang yang ada macam-macam program untuk budak pekak. Jangan kata budak pekak, selama aku ada kat KL ni aku tak pernah dengar ada kursus peningkatan profesionalisme guru pendididikan khas. Mungkin ni salah satu sebab kenapa hasil nya macam tu.

Terus terang aku cakap, fasiliti di sekolah integrasi memang sangat daif. Macam tak pernah ada orang dari jabatan yang ambik tau. Budak pekak ni sumber utama diorang adalah visual. Tu semua teori yang aku belajar kat U dulu. Tapi realiti di sekolah, hampeh! Cuma di Penang dulu aku dapat merasakan kemudahan macam tu. Masuk kelas bawak pendrive je. Rajin dengan tak rajin je nak buat power point. Tapi kat sini, cikgu-cikgu kena habiskan masa menyalin nota kat papan hitam. Agak-agak korang budak faham ke tulisan yang banyak-banyak tu. Aku sendiri pun bosan. Aku rasa tu la faktor kenapa budak-budak kat sini lemah.

Allah tu memang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Aku baru sedar kenapa Allah hantar aku posting kat Penang tu. Banyak benda yang aku belajar walaupun aku hanya mengajar kat sana 5 tahun. Pengalaman 5 tahun tu la yang membuat aku tahu cara nak mengajar budak khas ni. Walaupun bukan cara yang betul sepenuhnya, tapi untuk membantu diorang lulus tu boleh la. Terus-terang aku cakap sek Penang tu cikgu dia memang bagus2. Banyak pengalaman. Susah nak jumpa kat sekolah integrasi. Tapi kadang-kadang sikap diorang yang buat aku tak tahan. Tapi takpelah dah lepas pun. hehe

Kebanyakkan cikgu kat sek sini adalah cikgu-cikgu baru yang tak ada pengalaman. Kalau ada yang lama pun tak mahir isyarat. Jadi korang boleh bayangkan tak, mengajar tapi tak pandai isyarat. Macam mana budak nak faham. Ada yang datang dari sek integrasi jugak. Jadi same je la dengan sekolah sekarang. Aku nak share pengalaman dan pengetahuan tu boleh, tapi takut dituduh tunjuk pandai pulak. Aku adalah share2 jugak, tapi setakat tu jela..yang lain harap diorang boleh belajar sendiri.

Aku harap tahun depan aku punya semangat yang baru dengan adanya BB dan baby..hehe =)

Sunday, August 18, 2013

Lapan Bulan

Pejam celik pejam celik dah masuk lapan bulan. Lagi sebulan lebih. Takut! Aku bersyukur jugak sebab selain dari sakit-sakit yang biasa, aku tak kena la sakit-sakit yang kronik macam darah tinggi dan kencing manis. Harap-harapnya sampai bersalin tak kena la kan. Cuma sampai sekarang baby tak pusing ke bawah lagi. Harap-harap nanti dah sampai masa dia pusing la, kalau tak nanti kena operate, takut!!

Mengandung ni memang memerlukan kekuatan yang sebenar. Aku sebenarnya kagum dengan orang yang ada anak ramai. Macam-macam kesakitan yang kena tanggung. Awal-awal dulu aku sakit pinggang, sakit belakang, sakit rusuk, kebas tangan, sakit dada..macam-macam la. Tapi tu semua pngalaman kan?

Cuma sekarang yang merungsingkan ialah nak cari pengasuh. Tak tahu siapa nak jaga, ke nak hantar taska. Tapi takut jugak sebab sekarang ni dengar macam-macam cerita. Takut!! Harap-harap nanti Allah bagi petunjuk untuk tau mane yang terbaik. Amin..

Tuesday, June 18, 2013

Lima bulan

Alhamdulillah..dah lima bulan..semua berjalan lancar..evening sickness pun dah abis. Cuma berdoa diberi kesihatan yang baik dan melahirkan baby yang comel. Pengalaman dulu banyak mengajar supaya lebih berhati-hati. Cuma aku nak beritahu yang setiap apa yang berlaku memang Allah tu tahu apa yang terbaik. Yang penting jangan lupa berdoa. Benda baik memang datangnya lambat. Macam aku, setahun menunggu untuk pregnant semula. Setiap bulan kecewa. Tapi aku tak putus-putus berdoa sebab aku tahu Allah suka hambanya yang berdoa.

Alhamdulillah, genap setahun aku pregnant balik. Memang happy gila. Tapi taknak over excited macam dulu. Perasaan takut tu masih ada. Tak nak terlalu berharap sebab sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Pregnant kali ni pun lebih senang dari yang dulu. Masih evening sickness. Tak ada morning sickness tapi tak seteruk dulu. Juga dah tak stress macam dulu. Sebab tu aku kata semua berlaku ada hikmah. 

Cuma sekarang tengah plan nak beli barang-barang baby. Takut jugak, takut masih awal. tapi xpe kot beli sikit2. Aku harap baby nanti comel mcm Dy, sebab dia time kecik-kecik comel..aku tak..hehe

Saturday, April 27, 2013

Tak Ada Mood

Mood aku ke sekolah berubah sejak balik dari lawatan Pulau Pinang. Sebab kat sana akhirnya kita tahu true colour  orang. Tak sangka pulak orang yang aku ingat ok rupanya seorang yang kaki bodek dan suka tunjuk rajin. Bukan aku seorang saja yang terkena, ada lagi 2 orang kawan aku yang terkena jugak. So, aku ada la geng. Rasa macam nak pindah sekolah. Tapi lari dari masalah bukanlah jalan penyelesaiannya. Nak tak nak kena tempuh dengan sabar.

Tambahan lagi, pentadbir yang tak best. Typical lady bos. Semangat nak ke sekolah pun dah tak ada. Kenapala bos perempuan tak boleh jadi macam bos lelaki yang tak banyak songeh. Boleh tak tolong jaga sikit kebajikan pekerja. Aku harap sapa-sapa yang jadi menteri pendidikan lepas ni tolong-tolong la tengok kebajikan cikgu ni. Kadang-kadang rasa macam tertindas pun ada jugak. Ikut hati nak je aku mengadu kat NUTP hari tu. Tapi sebab masih berfikiran waras aku tak jadi mengadu. Tapi aku tetap berdoa. Kalau la aku ni tergolong dalam golongan orang yang teraniaya, memang tak tahula nasib dia.

Berbalik pada orang yang tunjuk rajin depan bos, mana-mana pun memang tak kan elak kan? Jadi, apa yang aku buat, aku buat kerja apabila disuruh sahaja. Sebab dah tentu-tentu akan ada orang offer diri nak buat. Kalau dulu ada la hati ni nak buat kerja tambahan, sekarang ni sorryla. Sebab apa yang aku buat sekarang ni memang dah tak akan nampak, So, buat apa penatkan diri kan?

Yang penting sekarang tunaikan tanggungjawab untuk mengajar. Sebab itu yang lebih penting. Kerja-kerja sempingan tu bukan dapat gaji lebih pun. Buat penat je. Orang tak ingat pun kalau kita buat baik. Buat jahat orang ingat la.